Artis / Selebriti
” Bila Watie bagitau kaki Dekta macam sotong, terus tengok balik video. Betul lah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Watie Hanifiah Bersama Talita Membuat Aktiviti Indoor Sky Diving Raih Perhatian Warganet. Wah Seronoknya Dua Beranak Ni Dapat Terbang. Comel Je Kaki Tu Dah Macam Sotong Kurita, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti isteri Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah di akaun Instagram pasti mengetahui yang Watie suka memuatnaik video mahupun gambar bersama anak-anak tirinya iaitu Uwais, Talita, Matin dan Ayash. Kalau dilihat, semua anak-anak Shuib sangat manja dengan mummy mereka.
Terbaru, Watie ada memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama anak kedua Shuib, Talita. Menerusi video itu, Watie dan Talita membuat aktiviti sky diving. Tulis Watie di ruangan kapsyen mengatakan ini adalah kali pertama Shuib memberikan keizinan kepada Watie dan Talita untuk sertai shooting untuk program televisyen.
Tulis Watie lagi, turut ada bersama adalah Adik Haziq Cilik, Mayah Ciwi dan Amir Sisi. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang turut meluahkan rasa teruja melihat aktiviti yang dilakukan oleh Watie serta Talita.
Selain itu, ada juga memuji Talita sekarang bertambah cantik dan dirinya semakin happy sejak adanya Watie. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Watie itu menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Watie ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cutenya tengok dua beranak ni, kita tengok pun tumpang rasa best.. Bila Watie bagitau kaki Dekta macam sotong, terus tengok balik video, hahaha betul lah.. “
” Mummy.. Ghisau plak kita mummy terbang smpai atas takleh turun plak sbb excited kan dok atas je haha.. Brtw comel betul.. “
” Mommy vogue nampak remaja jerrr.. Dekta sejak ada mummy, dia nampak makin happy, bahagia kan.. Bestnya tengok korang.. “
” Kaki macam sotong. then video, Allahu, guling2 gelaknya. Terima kasih Talita menghiburkan.. Jgn ingt part munmy tak klakar yee.. “
” Fuiyooo yg tetiba terbang naik ke atas tu buat jantung desup ooo hahaha best best.. Makin me lawa Dekta sejak ada nummy.. “
” Love betul tengok tengok anak beranak ni, hehee.. Bestnya tengok aktivti macam ni.. Mahal tak sis, teringin pula kita, hehe.. “
” Makin cantik lah Anak Dara sorang ni.. Pandai mummy jaga . Matching2 ngn mummy.. Biasa mak2 cam ni. Suka matching ngn anak.. “
Alahai seronoknya tengok Watie dan Talita join shooting untuk program televisyen ni. Bak kata warganet, tengok Talita semakin bahagia sejak mempunyai mummy baru selepas kehilangan kasih sayang arwah ibu tercinta. Apa-apa pun, semoga kasih sayang Watie dan anak-anaknya tirinya akan terus kekal hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen