Artis / Selebriti
” Bismillahirrahmanirrahim for your new chapter.. ” – Komen Netizen

Berakhir sudah tempoh Iddah, perkongsian Fazura raih perhatian ramai. Mendalam sungguh ayat-ayat kapsyen Fazura, semoga yang baik-baik sahaja..
Pada 7 Oktober yang lalu, Fazura dan pasangannya, Fattah Amin telah pun sah bercerai talak satu. Perpisahan pasangan kesayangan ramai ini sememangnya memberikan kesan di hati peminat mereka. Ramai yang masih berharap agar Fazura dan Fattah rujuk kembali.
Namun segalanya sudah tertulis jodoh mereka setakat itu sahaja. Sebagaimana hukum bagi seorang wanita yang bercerai, tempoh iddahnya adalah 3 kali suci. Mengikut perkiraan, maka berakhir lah tempoh iddah untuk Fazura dan kini Fazura tidak lagi terikat dengan sebarang ikatan perkahwinan.
Meninjau entry di akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Fazura. Tampil cantik dan ayu dalam busana dan tudung berwarna putih, ianya simbolik bermulanya kehidupan baru dalam hidup Fazura. Fazura juga ada menulis kapsyen pendek menerusi posting ini.
Kapsyen itu berbunyi ‘ The end of it all and the beginning of everything’ dan turut disertakan dengan hashtah endofiddah. Yang berlalu biarkan berlalu dan sekarang masanya untuk Fazura melalui kehidupan baru. Pastinya ianya permulaan yang indah untuk Fazura kerana Fazura sudah mendapat ketenangan yang dicari.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bismillahirahmanirrahim for your new chapter.. Alhamdulillah. I love you kak faz… semoga sentiasa kuat lalui ujian² Allah. Keep loving yourself kak.. “
” Sayang mama ke Faz dan Fatima tak akan berginjak dari mula hingga keakhirnya.. In Sya Allah.. TabarakAllah.. Bahagia dan berjaya kini hingga ke hadapan.. “
” Alhamdulilah. lets go faz. its time for you to shine.. Forever grace forever happiness… May Allah guide you, protect you, & ease everything for you. All the best for you.. “
” Alhamdulillah. semoga yg baik2 saja utk nur fazura selepas ni. terus maju jaya dan bahagia selalu faz.. “
” Semoga yang indah dan yang baik saja di hari mendatang aminn.. All the best kak Faz for ur future. You decide ur own future and responsible for ur happiness.. “
” Alhamdullilah semoga tabah dan kebahagian pasti akan tiba. Focus pada karier & anak. See you soon Faz.. “
” Semoga faz bertemu kebahagian dan ketenangan yg di cari.. dipermudahkan segalanya. Dan sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah swt.. “
Ramai yang menyayangi dan akan selalu menyokong Fazura serta mendoakan yang terbaik untuk figura kesayangan ramai ini. Semoga kehidupan Fazura selepas ini dikurniakan kebahagiaan dan terus maju jaya dalam karier dan perniagaannya. Terus ceria dan gembira selalu Fazura.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen