Artis / Selebriti
” Boleh geng dengan Leona ni. Comel je cakap Melayu slang English.. ” – Komen Netizen

Video Anak Sulung Wawa Zainal, Ahmad Fakhruddin Attar Bercakap Dalam Bahasa Melayu Buat Warganet Terhibur. Alahai Berdekah Gelak Dengar Ayat Attar Cakap. Dah Macam Cara Leona Bercakap Je, Hehe !!
Umum mengetahui yang Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Fahri. Wawa pernah menyuarakan rasa kesalnya kerana anak sulungnya, Attar menghadapi speech delay semasa kecil dahulu.
Dek kerana masalah yang dihadapinya itu, Attar kini lebih fasih bercakap dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Ini situasi yang biasa yang dilalui oleh kanak-kanak lain yang bermasalah dalam percakapan seperti Attar ini. Namun Attar kini sudah semakin baik percakapannya.
Meninjau akaun Tiktok Tialovabeauty, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Attar belajar berbual dalam bahasa Melayu bersama Wawa. Attar berceritakan mengenai dirinya pada awal perbualan tersebut. Agak kelakar apabila Attar mengatakan dia ‘ ditinggal di Bangi’ yang sepatutnya ‘ tinggal di Bangi ‘.
Terhibur Wawa mendengar ayat-ayat Attar itu. Memetik komen warganet, slang Attar bercakap seperti percakapan anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dan ramai yang mengatakan Attar dan Leona boleh menjadi satu team. Pelat Attar itu juga sesekali kedengaran seperti percakapan orang Pakistan.
Jom tonton video di bawah :
@tialovabeauty2 Haha comel je attar ni 😆❤️
♬ original sound – Wawa Cosmetics Pahang – Wawa Cosmetics Pahang
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Attar ni english power g1la, melayu je kurang sikit.. Adui Attar, slang negara mana ni haha.. tergelak dengar.. ”
” Ni nampak bakal jadi geng Leona nanti.. comel je tau Attar cakap melayu.. Saya ditinggal di bangi haha. terbahak aku dengar.. sampai hati wawa tinggalkan dia haha.. ”
” Cara cakap teringat pada Leona. Boleh geng depa dua ni nanti. Macam slang Pakistan dik, comel pulak.. ”
” Awak ditinggalkan.. alahai, mehla duk ngan acik.. cian dia.. heheheh.. Good luck attar.. dah macam slang orang Pakistan pun ada.. ”
” Biase budak speech delay ni speaking power dari Bahasa Melayu. Ada masalapa hehe, comel bah Attar.. ”
” Yang belakang tu syok ketawakan abang dia haha.. boleh geng dengan Leona ni.. ditinggal di Bangi… mcm kena tinggal… hehe.. ”
” Boleh geng dengan Leona ni. Comel je cakap Melayu slang English sikit.. Saya ditinggal di Bangi tu paling lawak. dah kenapa ditinggal pulak tu dik haha.. ”
Walaupun kelakar tetapi comel sungguh ayat bahasa Melayu Attar itu. Tidak mengapa Attar, teruskan usaha untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Jika Attar perbaiki sebutan perkataan dan susunan ayat setiap hari, pasti suatu hari nanti Attar akan fasih berbahasa Melayu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tialovabeauty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen