Artis / Selebriti
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Hadie dan Ammar menyuap Oddah makan kerana Oddah tidak sihat. Comel je cara masing-masing nak suap Oddah tu. Hadie dengan bunyi nyamuknya, Ammar pula versi paksa rela. Moga bersahabat sampai bila-bila..
Bagi yang mengikuti rancangan realiti Talk To My Manager (TTMM), pastinya mengetahui keakraban persahabatan antara Hadie, Ammar dan Oddah. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai trio m4ut dan sering meluangkan masa bersama-sama di luar. Mereka juga sering live bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kawan_amni4ever, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ammar bersama Oddah. Mereka pada ketika itu sedang menjamu selera di sebuah kedai dan Ammar menyuruh Oddah makan biji buah barli.
Walaupun pada awalnya Oddah tidak mahu, namun setelah dipaksa oleh Ammar, akhirnya Oddah makan juga. Ammar sememangnga agak garang dan seperti abang kepada Oddah. Menuru Ammar, minuman barli ini bagus untuk Oddah yang belum sihat dari demam sepenuhnya.
Pada perkongsian di akaun Tiktok Odda pula, telah pun dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana di back stage ketika minggu final TTMM baru-baru ini. Hadie menyuapkan Oddah makan nasi sambil Ammar merakam gelagat mereka itu. Kedengaran suara Ammar mengajar Hadie cara untuk menyuap Odda.
Jom tonton video di bawah :
@kawan_amni4ever aciee sweetnyerr btw adi jgn jeles tau😇😇 @ammarlaaa._ @ADI? @auddratok2.0
@auddratok2.0 The demam was not fun, mcm nak pengsan
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ammar kalau bab mengajar benda gini mmg dia no 1 haha.. Diaorang ni dah mcm adik beradik.. tentu ramai yang akan rindu trio m4ut ni.. “
” Patutla masa duet nampak kuat ,ada yg tlg boost energy balik HAHAHA.. Comel lah korang bertiga ni.. Odda, Hadie, Ammar.. kawan sampai bila bila ye.. “
” 3 org bestie neyh.. mggu ni last diorag kmpul skli.. acik blushing tgk korg dek.. serius ke main2 ke gurau2 ke acik xkesah lah.. acik loike haha.. “
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Odda, Hadie Dan Ammar.. bunyi airplane tu macam bunyi nyamuk.. “
” Ishhh comeynyaaaa odda yg post plak tu.. thank you ammar dok rajin rekod suka sgt tengok oddie.. “
” Hadie layan Odda macam adik dia.. Ammar pula abang long.. hadie ikut jer apa ammar suruh. comel lah korang ni.. “
” Hadie ank sulong. so sifat abang2 tu mmg terserlah sb tu adik2 suka kat dia.. Ammar dan Hadie, dua-dua penyayang dan protective pada Odda.. suka tengok persahabatan trio ni.. “
Persahabatan yang bermula di TTMM ini diharapkan akan berkekalan sampai bila-bila. Hari terakhir untuk mereka berkumpul di pentas TTMM dan selepas itu semua akan membawa haluan masing-masing. Semoga Hadie, Ammar dan Oddah berjaya dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Odda, Tiktok kawan_amni4ever
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen