Artis / Selebriti
” Bukan semua orang boleh menangis dengan nikmat Allah. Auto sebak apa yang Leona luahkan.. ” – Komen Netizen

Video Kasih Iris Leona Meluahkan Sesuatu Sambil Menangis Buat Warganet Sebak. Alahai Lembut Sungguh Hati Leona Ni, Tak Semua Orang Ada Kesedaran Macam Ni. Touching Betul Dengar Ayat Leona Tu !!
Anak Bongsu pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona semakin mendapat tempat di hati warganet. Sikap Leona yang selalu merendah diri dan tidak sombong membuatkan ramai menyenangi Leona. Walaupun Leona berasal dari keluarga yang berada, Leona tidak kekok untuk berdamping dengan orang biasa.
Meninjau akaun Tiktok Le Yooooooo Na, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Leona meluahkan apa yang dirasainya pada waktu itu. Kata Leona, dia secara tiba-tiba sahaja menangis mengenangkan betapa baiknya Allah terhadap dirinya. Rasa syukur dizahirkan oleh Leona kerana Allah mengaturkan yang terbaik untuknya.
Leona dikurniakan rezeki yang mencurah-curah sejak dirinya dikenali ramai. Kata Leona, dia seorang yang suka mengawal kehidupannya tetapi ada kalanya apa yang dirancangkan tidak menjadi dan Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
Sayu hati warganet mendengar luahan hati Leona itu. Laju sahaja air mata anak gadis Azhar Sulaiman ini menitis di pipi. Luaran Leona sahaja yang kelihatan seperti budak nakal, tetapi realitinya Leona memiliki hati yang baik dan bersih. Tidak lepas perkataan Allah keluar dari mulut Leona.
Jom tonton video di bawah :
@leonathe2nd Alhamdulillah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bukan semua org boleh menangis dgn nikmat Allah, jrg org bila dpt nikmat ingat Allah, leona boleh tersentuh hati dgn layanan Allah yg Maha Baik terhadapnya.. ”
” DIA yang kluarga Berjaya n Kaya pn risaukan masa depn,apantah lg kami yg tak seberapa Ni lagi lah risau, Allahu. apapun syukur itu satu nikmat yang berharga, tq Leona mengingatkan kami ttg bersyukur.. ”
” Comelnya Leona ni bersyukur gila, kita yang nangis. Family leona mmg baik2 semua ya.. lagi2 nenek dia. Mrka kaya tapi xsombong lgsg… so so kind.. ”
” The sweetest girl.. Leona ni baik sebenarnya .. nmpak hati dia bersih. tengok leona speaking abt this, aku pula rasa aku yang kurang bersyukur . Semoga Allah pelihara Leona dalam kebaikan.. ”
” Dia mula jentik hati Leona… semoga terus berubah kepada kebaikan.. dia bercakap di mulutnya tak pernah lekang ALLAH di mulut sll, be good girl dear.. ”
” Auto sebak ape yg leona luahkan. semoga dipermudahkn setiap urusanmu sayang. Sebab Leona selalu niat baik untuk org lain. May Allah protect you always.. dia sangat menghargai orang sekelilingnya.. ”
” Nak join sedih, but at the same time takleh sedih sebab leona comel sangat.. take care girl.. ramai yang sayangkan Leona.. ”
Luahan hati Leona ini dalam masa yang sama menjentik hati warganet supaya sentiasa bersyukur dengan segala yang diberikan Allah. Ini lah sisi lain Leona yang membuatkan semakin hari semakin ramai yang menyayangi Leona. Semoga Leona sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dalam hidup.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Le Yoooo Na
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen