Artis / Selebriti
” Bukan the high pitch je tapi dia punya lenggok tu tak semua boleh buat. Perfect voice, sedap sangat.. ” – Komen Netizen

Video anak Siti Sairah, Amad menyanyi lagu Untukmu Ibu bersama Genji Buskers di Bukit Bintang raih pujian ramai. Fuh memang meremang dengar suara Amad. Part last tu padu betul Amad tarik. Bersorak semua..
Lahir dalam keluarga seni merupakan satu bonus untuk anak-anak Siti Nur Sairah Tarudin. Jika sebelum ini nama Umairah menjadi sebutan kerana kejayaan anak sulung Sairah ini di peringkat antarabangsa, kini adik lelaki Umairah, Amad pula mula mencari peluang untuk ke depan.
Sebelum ini tular video Amad menyanyi buat pertama kali di majlis sekolah. Nyanyian Amad mendapat pujian ramai dan semua kagum dengan tone suara Amad yang kedengaran seperti ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika muda remaja.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Umairah, telah dikongsikan satu video terkini yang memaparkan Amad menyanyi bersama Genji Buskers di Bukit Bintang malam tadi. Amad menghiburkan semua dengan lagu popular kumpulan Exist, Untukmu Ibu.
Suara Amad memukau semua yang menonton dan sorakan diberikan selepas Amad selesai menyanyi. Ramai yang memuji kebolehan Amad menyanyi dalam nada tinggi. Warganet juga menggelarkan Amad sebagai Mamat Junior. Lenggok Amad begitu mengasyikkan dan Amad ada caranya tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Goosebumps bump tiap kali dgr amad nyanyi. Dahsyat aura budak ni.. Darah yang mengalir, star in making.. “
” Sedap nya .. dh ada mamat junior.. Sedap sangat Amad dgn Umai tak tahu nk ckp.. Perfect voice.. boleh pergi jauh ni.. “
” Sedap Amad nyanyi.. Go go go amad.. Sedap sgt.. bagusnya dia … range vokal dia besar.. boleh jadi pengganti Azad la.. “
” Wehhh key asal tu, terbaik la amad. Keluarga seni betul .. Sedap amad nyanyi….Umai pun mmg sedap la nyanyi… terus bersinar ya adik berdua.. “
” Masya allah.. sedap nya suara amad.. Power.. bakat semulajadi.. Hebatttt.. Key tinggi weiiii proud of u amad.. “
” Power betul Amad ni.. salute betul, lagu ni tinggi susah nak bawak. Lenggok n merdu tokti dapat kat adik ni.. “
” Bkn the high pitch je tapi dia punya lenggok tu not everyone can do.. syabas Amad. Moga terus success. Support Amad.. “
Darah seni keluarga DS Siti mengalir dalam tubuh Amad. Nyanyian Amad membuatkan semua yang mendengarnya meremang. Tidak mustahil Amad boleh pergi lebih jauh lagi sekiranya bakat yang ada digilap supaya lebih bersinar. Apa-apa pun, semoga Amad berjaya selalu dalam pelajaran dan tercapai semua impiannya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umairah_Sairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen