Artis / Selebriti
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen

Video persembahan solo Liza Aziz membawakan lagu Celine Dion, I Surrender di Konsert Final Gegar Vaganza buat ramai meremang. Fuh, all out betul vokal Liza, dapat standing ovation daripada Bunda Hetty Koes Endang. Part tarik suara tu memang wow sangat..
Pentas konsert final Gegar Vaganza 11 semalam berlangsung dengan cukup meriah. Semua peserta memberikan persembahan yang hebat dan mencuba yang terbaik untuk konsert akhir ini. Liza Aziz adalah peserta kegemaran ramai yang dinanti-nantikan saban minggu oleh semua.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official dan Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan solo Liza semalam. Liza mengalunkan lagu dendangan asal Celine Dion berjudul I Surrender dan ianya lagu yang bertepatan dengan vokal Liza.
Liza tidak mengecewakan semua peminatnya dan nyanyiannya itu mendapat pujian daripada juri sehingga Bonda Hetty Koes Endang memberikan standing ovation. Semua penonton terpegun dengan kehebatan vokal Liza membawakan lagu ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk penyanyi yang sudah berusia menyanyi lagu bernada tinggi seperti ini.
Warganet menggelarkan Liza sebagai Celine Dion Malaysia kerana aura dan suara merdunya itu. Memetik komen warganet, suara Liza seakan sudah bersatu dengan muzik dan ianya membuatkan ramai yang meremang bulu roma dari awal sehingga ke akhir nyanyiannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nak nangis dengar, bestnya Serius meremang dgr.. tgk kt ipad je pun.. Versi tersendiri. Seni nyanyian LIZA AZIZ MMG SUPERB.. LOVE IT.. “
” Kita menangis . Satu penyanyi yg membuatku Terharu tetiba.. suara dah seakan bersatu dengan muzik.. meremang betul padu suara liza.. “
” All out kak liza.. well done.. u deserved amazing girl.. that high note .. Simply reach with that expression … this ia Liza Aziz lah jawabnya. Love u kak Liz.. “
” Perfect Liza Aziz bawakan I Surrender.. Bunda kata Amazing, Memang Power giler.. International singer. Wow at the age of 62 , she really perform.. “
” Hebat LA. Dlm usia skrg boleh hit note yg tinggi.. Impressive dgn umur mcm tu boleh bawak lagu macam ni… menurut bunda.. liza memang celine dion malaysia.. “
” Nmpk bersahaja tarik suara.. ni lh yg dikatakan “professional”… Tahniah Liza Aziz Juara GV ke 11.. Memang terbaik dan satu dalam sejuta lah Liza.. “
” At her age of 60++.. it was amazing to hear someone can sing Celine Dion Song… only Gifted & talented singer can do that.. effortlessly beautiful.. “
Vokal Liza memang all out untuk lagu ini semalam dan Liza membuktikan usia bukan lah penghalang untuknya berjaya dan memperoleh penghargaan daripada semua. Liza meninggalkan kenangan yang sangat manis untuk dirinya dan juara Gegar Vaganza 11 akhirnya berjaya dimiliki oleh Liza.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Sinar, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen