Artis / Selebriti
” Cakap dengan kucing pun bunyi macam bermadah.. ” – Netizen

Video Fedtri Yahya Bagi Kucing Makan Telah Mendapat Pujian. Suaranya Bercakap Dengan Kucing Turut Cur1 Perhatian Netizen. Amboii.. Dah Macam Baca Sajak !!
Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya sememangnya sangat dikagumi ramai dengan bakat yang ada pada dirinya. Terutama dalam menulis nukilan yang mampu memberikan kesan yang mendalam buat pembaca. Sinonim dengan gaya percakapannya lain dari yang lain, Fedtri juga merupakan seorang menulis lirik lagu.
Fedtri telah banyak menulis lirik lagu nama-nama besar seperti Noraniza Idris, Nora Ariffin, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Nukilan daripada Fedtri juga sering menjadi perhatian warganet dan dipuji ramai kerana setiap baris kata yang ditulis itu sangat ‘padu’ dan bermakna. Bukan itu saja, kebolehannya mengarang dalam bahasa Melayu juga membuatkan ramai kagum.
Malah, minat dalam penulisan juga telah membuat Fedtri telah menghasilkan beberapa buah buku iaitu seperti, Haruman Puisi Cinta’ dan ‘Pantun Penyeri Pengantin’. Fedtri telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang merupakan seorang guru, dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Menerusi perkongsian terbaru, Fedtri Yahya telah berkongsi satu video yang memaparkan sekumpulan kucing telah datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Turut diceritakan menerusi nukilan madah Fedrti juga bercerita, kucing-kucing itu tidak menyukai makan ikan dan paling menarik, rupanya sekumpulan kucing itu sangat suka makan ayam.
Ikuti perkongsian Fedtri itu di bawah :
Rata-rata netizen telah memuji sikap Fedtri yang telah memberikan makanan kepada kucing-kucing itu, malah cara percakapan fedtri terhadap kucing-kucing itu telah menjadi perhatian netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cakap dengan kucing pun bunyi macam bermadah.. “
” Ckp ngan kucing pun mcm vo fuhhh inspired Fedtriyahya.. “
” Cakap dengan kucing pun suara penuh bergaya.. “
” Moga Allah lapangkan pintu rezeki hg sekeluarga. Kesian tgk depa.. “
” Comel2!! Kawan di syurga nanti.. “
” Comei la kucing2 ni.. Muka tak sabaq nak makan chicken texas haha.. “
” Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki.. “
Alhamdulillah.. Baik betul Fedtri beri makanan kepada kucing-kucing tu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fedtri sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta. Moga Allah berikan segala rahmat atas kebaikkan Fedtri itu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya by Berita Kopak
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen