Artis / Selebriti
” Cantik sangat Vie Zaalia, yang lelaki handsome betul.. ” – Komen Netizen

Muatnaik gambar terbaru bercuti bersama anak-anak di luar negara, perkongsian Vie Shantie Khan raih perhatian ramai. Wah, dah besar semua anak-anak, dah sama tinggi dengan ibunya. Cantik anak-anak dara Vie, yang lelaki pun handsome, sebijik macam Dato’ Eizlan Yusof masa muda..
Meninjau ke akaun Instagram Vie Shantie Khan, posting terbaru Vie Shantie bersama anak-anaknya ketika bercuti ke luar negara telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui yang Vie Shantie merupakan bekas isteri kepada pelakon, Dato’ Eizlan Yusuf dan hasil perkahwinan mereka dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kini ketiga-tiganya sudah meningkat remaja dan sudah sama tinggi dengan ibu mereka. Vie Shantie mempunyai seorang lagi anak perempuan menerusi perkahwinan terbarunya bersama ahli politik, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belut Sabah.
Apa yang mencuri perhatian netizen ialah kecantikan anak ketiga Vie Shantie iaitu Vie Zaalia. Dahulunya ketika kecil, Zaalia agak chubby dan berisi, namun apabila meningkat dewasa Zaalia sangat cantik dan tidak lagi chubby. Cantik-cantik kesemua anak perempuan Vie Shantie.
Selain itu, anak kedua Vie Shantie iaitu Zareef Yusof pula saling tidak tumpah seperti bapanya ketika zaman muda. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana anak-anak ini mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapa mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan anak ketiga Vie Shantie. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Lama x nmpk jaya.. betul2 lawaaa ohhh.. sumandak sudah betul c jaya.. MasyaAllah baby jaya glow up betul.. macam kakak & adik2 cantik .. “
” MashaAllah Jaya is effortlessly beautiful.. Alhamdulillah anaknya semua cantik,lawa, memang padu.. Jayaaaa cantik betul.. “
” Masya Allah tumbuh kembang mrka begitu sempurna.. dulu mrka masih kanak2 yg so cute banget.. skrng seperti kakak adik sama mama nya.. “
” Cntik betolll masha allah gen elokkk.. Baby Jaya dh besar. How time flies.. Hensenmnya anak bujang tu … Wow baby jaya lawaa bahh.. “
” Terus t’ingat vid masa dorang kicik, c zareef tu sebut “Limitid”.. Beautiful family mashaallah .. Masyallah cantik2 anak anak kakak mcm akak jugak salam dari sabah .. “
” Cantik sgtlh vie zaalea .. Semua cantik² MasyaAllah.. Lain planet ni semua lawa.lawa.. Ma sha allaah tabarakallaah so.. Beautiful family.. yang lelaki handsome betul.. “
” Semua cantik!!! Ayah dan Mak bergabung handsome cantik anak anak pun semua cantik! Zarra tu macam anak patunggg betol.. “
Tidak jemu mata memandang anak-anak Vie Shantie Khan ini. Wajah Vie Shantie juga tidak begitu dimamah oleh usia kerana tetap nampak masih muda seperti dahulu. Apabila berjalan-jalan bersama anak-anak nampak seperti adik-beradik sahaja.
Silakan SHARE..
Sumber : IG VieShantieKhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen