Artis / Selebriti
” Cantiknya Azura, kulit putih bersih, rambut hitam lebat. Mata tu bulat.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Jamal Abdillah dan isteri meraikan hari lahir anak-anak mereka, Azura, Rayyan dan Laura. Cantiknya Azura, kecil-kecil lagi dah cantik macam ni. Ada yang kata macam muka anak MUA Bellaz, Wara. Adik-adik pun comel juga..
Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila Yamani merupakan anak-anak hasil perkahwinan Dato’ Jamal bersama Datin Zai Izzari Khiruddin. Nama Azura antara yang paling diingati ramai kerana ianya sempena filem dan lagu popular Dato’ Jamal suatu ketika dahulu.
Meninjau akaun Tiktok ZeeDja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Jamal dan Datin Zai menyambut hari lahir Azura, Rayyan dan Laura di rumah. Mereka menyambutnya bersama keluarga di rumah dan itu pun sudah cukup membuatkan anak-anak gembira.
Turut terpapar pada video itu tarikh lahir anak-anaknya ini. Azura 10/10, Rayyan 22/02 dan Laura pula pada 14/4. Wajah cantik Azura menjadi perhatian ramai warganet. Azura sememangnya sejak bayi lagi comel dan tahun ini genaplah usia Azura yang ke 5 tahun.
Azura yang berkulit putih juga memiliki sepasang mata bulat yang cantik. Senyuman Azura itu manis sekali sama seperti Datin Zai. Adik-adik Azura juga tidak kurang comelnya. Pendek kata, kesemua anak-anak Dato’ Jamal dan Datin Zai cantik dan handsome belaka.
Jom tonton video di bawah :
@jamalabdillah_official SELAMAT ULANG TAHUN BUAT ANAK ANAK KU.. SEMOGA MEMBESAR DENGAN SIHAT … SOLEH DAN SOLEHAH … INSHAALLAH … AMIN #jamalabdillah🎤 #djazee #fyp #azura
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Selamat hari jadi Azura, comelnya dia.. kulit putih bersih.. cantik Azura, rambut hitam lebat.. besar nanti lagi cantik ni.. “
” Selamat ulang tahun Azura dan semua.. semua pjng umur semua bhgia dunia akhirat.. Amin amin.. “
” Aku ingat wara dah besaq haha.. tapi anak gadis dato jamal ni segak sungguh.. dah nampak dia elok dan cantik.. “
” Comey sungguh la anak-anak Dato Jamal dengan datin ni. cantik sungguh Azura mata bulat.. besar nanti ramai peminat ni.. “
” Yang first tu mula-mula tengok ingat anak MUA bella huhu.. cantik kiut hensem anak-anak Dato Jamal.. “
” Comelnya Azura.. selamat hari lahir sayang. cantiknya anak Dato’ Jamal Abdillah ni semuanya cantik yg lelaki hensem.. “
” Comelnya Azura.. dah besar pasti cantik macam namanya. Indahnya anugerah Allah.. azura ni cntik sgt.. tang mata tu cntiknya.. “
Semakin besar, semakin terserlah cantiknya Azura ini. Tentu apabila Azura meningkat remaja nanti ramai peminatnya. Apa-apa pun, semoga Azura membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tikto ZeeDja, IG d.Zetty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen