Artis / Selebriti
” Cantiknya Faz, berseri-seri dah macam pengantin.. ” – Komen Netizen

Video kehadiran Nur Fazura ke majlis perkahwinan anak Ahmad Dhani, Al Ghazali dan Alyssa Paramitha Daguise di Jakarta curi perhatian ramai. Alahai cantiknya Fazura, nampak manis pakai busana macam ni. Dah macam kerabat Diraja..
Meninjau di akaun TikTok milik peminat pelakon Nur Fazura iaitu weluvfaz, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura hadir ke majlis resepsi anak sulung penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan pasangan, Alyssa Paramitha Daguise.
Menerusi video yang dikongsikan tersebut, Fazura kelihatan begitu anggun menggayakan Baju Kebaya Indonesia berwarna kuning lembut di majlis tersebut yang telah berlangsung di Jakarta Convention Center, Indonesia baru-baru ini.
Kehadiran Fazura sebagai tetamu istimewa dari Malaysia menambahkan kemeriahan majlis penuh adat itu. Kelihatan Fazura ke majlis perkahwinan tersebut dengan ditemani oleh pengurusnya, Iman Tang yang turut berpenampilan baju adat Jawa.
Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji penampilan Fazura yang dikatakan begitu menawan. Selain itu, ada peminat mengatakan walaupun Fazura bertudung ringkas, penampilannya melambangkan seorang wanita yang anggun, tenang dan penuh beradab.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
@weluvfaz
@weluvfaz lawanyaaa diaa #fazura #fazurafans #alghazali #ahmaddhani #wedding #indonesiafyp
@weluvfaz #alghazali #wedding #tissabiani #fazura #indonesia🇮🇩 #fypシ
♬ Seni Berdamai Dengan Takdir – Chorus – Naim Daniel & Adnin Roslan
@weluvfaz
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cantiknya Faz, berseri-seri dah macam pengantin.. Faz ni ada aura. Tak semua pmpuan ada aura. Walaupun natural beauty kalau takde aura tak pop up pun.. “
” Lagi aku fazura ni baik , humble ,cantik sangat muka tak dimakan usia, berdikari dia boleh berdiri tanpa ada lelaki .. tp ramai org dok cerita pasal kisah silam dia haha benda dh lepas is pas.. “
” Cantiknyaaaa Faz pakai yellow .. Macam tak pernah tengok Faz pakai warna ni. Regal sangat nampak.. Jatuh cinta tengok tau.. “
” MasyaAllah cantiknya Fazura.. Semoga Allah melindungimu selalu aaminnn.. Sy ulang² tengok kecantikan Fazura.. “
” Weiiii kenapa sangat cantik nieee , sangat sopan jugak.. Canti dia, sampai ramai pndang dia tak lps… Terpegun kecantikan Faz.. “
” Byk byk retis kt mlysia ni fazura the best artist she’s pretty she’s looks expensive she’s strong woman she’s good mothers.. “
” Aura baju kuning ni memang auto jd diraja yer.. Baju yg jarang colour kte pakai baju tulh colour yg naikkan seri muka..Cantik betul Fazura.. “
Semestinya Fauzra memiliki aura yang luar biasa. Bak komen warganet, sekali pandang Fazura seperti kerabat Diraja yang hadir ke majlis tersebut. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ahmad Dhani atas berlangsungnya majlis perkahwinan anak lelakinya. Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok weluvfaz, IG missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen