Artis / Selebriti
” Cantiknya mempelai, majlis pun grand dan sejuk mata memandang.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Resepsi Anak Bongsu Ustazah Siti Nor Bahyah Yang Penuh Gilang Gemilang. Cantik Dan Tampan Kedua Mempelai. Pelamin Yang Indah, Lain Daripada Yang Lain. Suasana Yang Syahdu, Penuh Dengan Zikrullah Dan Selawat !!
Menerusi akaun Instagram Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, telah dikongsikan majlis resepsi anakanda bongsunya, Ustaz Wan Muhammad Nasrullah dan pasangannya, Ustazah Nurulhuda Ali. Majlis perkahwinan Semanis Cinta ini berjalan dengan lancar pada 3.2.23 bersamaan 12 Rejab 1444H yang lalu.
Umpama taman-taman syurga, itulah impian Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya, Ustaz Wan Akashah. Suasana yang dipenuhi dengan zikrullah dan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW berserta iringan nasyid daripada kumpulan Rabbani menyerikan lagi majlis anakanda Ustazah Nor Bahyah ini.
Pelaminnya cukup indah bertemakan putih dan mempunyai maksud tersendiri. Ustaz Nasrullah juga tampil segak dalam busana pengantinnya itu. Begitu juga sang isteri yang cantik dan lembut sahaja air mukanya.
Dalam gembira, air mata seorang ibu mengalir juga melihat kebahagiaan anak yang paling manja ini. Alhamdulillah, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam majlis ini membuatkan majlis ini gah dan men1nggalkan memori yang indah untuk semua.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Ustazah Nor Bahyah ini telahpun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, tahniah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood n ustaz wan Akashah dapat mnntu.. Utk ustaz Wan Muhammad Nasrullah n ustazah Nurulhuda Ali Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia hgga jannah.. “
” Tahniah ustazah, cantiknya mempelai, majlis pun grand. Semoga Allah memberkati kehidupan pengantin hg ke Syurga.. “
” Alhamdulillah barakallah sgt indah cantik semuanya semoga dalam rahmat dan keberkatan Allah.. “
” Mewah Perkahwinan anak kesayangan ustaz & ustazah. Pelamin tu indah dipandang mata dan tenang sahaja berasa di hati. Alhamdulillah.. “
” Tahniah Ustazah.. semuanya cantik2 belaka.. pengantin sama cantik sama padan. Semoga kekal till jannah.. “
” Alhamdulillah.. tahniah ustaz dan ustazah.. indahnya majlis.. semanis kurma.. Cantiknya menantu, anak pun manis sedap mata memandang.. “
” Tahniah ustazah dan selamat pengantin baru. cantik suasana majlis kawin ni, sejuk mata memandang.. “
Selesai sudah majlis resepsi untuk anak dan menantu Ustazah Siti Nor Bahyah. Bukan tetamu yang hadir sahaja merasai ketenangannya, yang membaca coretan Ustazah juga terasa aura nya itu. Semoga berbahagia selalu kedua mempelai dan kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Fb Ustazah Siti Nor Bahyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen