Artis / Selebriti
” Cantiknya Nabila, naik seri betul wajah pengantin.. ” – Netizen

Video Sekitar Majlis Resepsi Nabila Razali Dan Suaminya, Nik Iruwan Nik Izani Bertemakan Batik Jawa Raih Perhatian Ramai. Pengantin, Dekorasi Dewan Dan Pelamin Semuanya Nampak Cantik Dan Indah !!
Pada minggu lalu, pelantun lagu Pematah Hati, Nabila Razali telah sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Terbaru, meninjau di beberapa akaun Instagram media dan radio dikongsikan video-video sekitar majlis resepsi Nabila yang diadakan pada malam ini. Difahamkan majlis resepsi Nabila bertemakan Batik Jawa. Pada awal video, kelihatan ketibaan pengantin lelaki.
Selepas itu, ketibaan pengantin perempuan yang begitu cantik mengenakan busana berwarna putih, kain bercorak batik dijulang memasuki dewan dan disambut oleh pengantin lelaki. Bukan itu sahaja, dekorasi pelamin serta dewan penuh dengan bunga-bungaan juga mencur1 pandangan umum.
Seorang cantik dan seorang kacak. Sama cantik dan sama padan, itu yang dapat diperkatakan apabila melihat kedua-dua mempelai ini di majlis resepsi mereka. Nabila dan Nik Eruwan saling tersenyum manis diraikan dengan penuh istiadat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai peminat menyukai perkongsian ini dan memberikan kata ucapan tahniah buat Nabila serta pasangannya. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cantiknya Nabila, naik seri betul wajah pengantin.. Tahniah Nabila, dah bergelar isteri orang, semoga terus bahagia bersama ya hingga ke akhir hayat.. “
” Cantik baju pengantin Nabila, tengok dari jauh sekali pandang ingat Fazura.. Selamat pengantin baru Nabila dan Nik Iruwan.. “
” Kita mmg nk tema ni Nabila dh buat aduh memberontakk jiwaaaa, kena jugak buat ni.. Lawanya tengok semuanya.. “
” Kalau aku yang naik rasanya tak bergerak agknye bnd tu, hahahaha.. Btw congratsss Bella, cantik betul, berseri-seri wajahnya.. “
” Senyum Bella penuh bahagia, kita pula tumpang happy tengok.. Semoga baik2 buat Bella, selamat pengantin baru ya sayang.. “
” MashaaAllah so so so happy for you Bella.. Alhamdullilah.. Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke syurga Firdaus.. “
” Tahniah Bella. Semoga pernikahan ini menurunkan rahmat dan berkah dalam kehidupan Bella bersama suami tersayang dan keluarga.. “
Lain daripada yang lain, nampak berseri-seri wajah Nabila. Majlis resepsinya juga penuh gilang-gemilang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Semoga ikatan rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, xtra_my, mediahiburanofficial, nabila.razali, TikTok xtra_my, mediahiburanofficial.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen