Artis / Selebriti
” Cantiknya rumah kayu Bellaz, nampak klasik sangat.. ” – Netizen

Muatnaik Video Suasana Waktu Malam Di Rumah Barunya Yang Berkonsepkan Reka Bentuk Rumah Kampung, Perkongsian MUA Bellaz Raih Perhatian Warganet. Cantiknya Rumah, Terus Mengimbau Kenangan Zaman Dahulu Bila Tengok Rumah Bellaz Ni !!
Pengguna Facebook, Instagram dan TikTok terutamanya golongan wanita pasti mengenali selebriti media sosial, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini. Mesra dengan panggilan Bellaz, figura ini kerap kali membuat tutorial mekap secara live di media sosial membuatkan ramai yang suka menonton videonya.
Dengan kejayaan Bellaz dalam dunia solekan, Bellaz mampu mengubah taraf hidupnya dari anak kampung menjadi usahawan yang memberi inspirasi kepada semua. Selain suka membuat video live, Bellaz juga suka berkongsi aktiviti kehidupan hariannya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Bellaz, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan suasana waktu malam di rumah barunya. Kelihatan rumah baru Bellaz berkonsepkan reka betuk rumah kampung seperti dahulu yang mana rumah atas dibuat menggunakan papan kayu.
Selain itu, menerusi posting lain, Bellaz mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana membuat majlis sempena hari lahirnya di rumah tersebut. Sehingga kini, perkongsian oleh Bellaz ini menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Bellaz. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya rumah kayu Bellaz, nampak klasik sangat.. Next posting please share interior pulak.. Moga ada rezeki dpt buat sebijik rumah macam nie.. “
” Serius lawa,best betul lepak mlm2 nk2 time raya.. Teringat zaman dulu2 rumah papan mcm ni memang raya zaman dulu bethul nii.. Sejuk ja malam2.. “
” SubhanaAllah.. Cantik sungguh view, rindu suasana pemandangan raya di kampung gini bercahaya pelita dibawah sinar kerlipan bintang.. “
” MasyaAllah cantiknyaa.. Suasana yg tak leh dibeli dgn wang ringgit.. Ini dok sajaa melopong pun boleh niee.. HB Bellaz.. “
” Cantik sungguh aihh..Nanti mana tahu rezeki ada org mai buat photoshoot.. Lawa kot pemandangan dgn rumah kayu gitu.. “
” Hb bidey Bellaz.. Semoga dilimpahkan rezeki Dan sihat tubuh badan Dan semua nya lah. Love sgt.. Cantiknya rumah baru dia.. “
” Cantiknyaaaa, tak jemu tengok rumah Bellaz.. Selamat ulang tahun kesayangan kami, semoga panjang umur sihat walafiat boleh buat live hari2 dan semoga murah rezeki tak putus2 aminn .. “
Patut lah ramai yang terpersona melihat keindahan suasana di rumah baru Bellaz, memang cantik. Pastinya ramai yang mengimbau kenangan zaman dahulu. Selain itu, ada pengikut Bellaz meminta agar Bellaz berkongsi ruangan dalam rumahnya pula selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muazbellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen