Artis / Selebriti
” Cara dia peluk mak dia setiap minggu tu memang syahdu betul tengok.. ” – Komen Netizen

Video moment Hadie memeluk ibunya, Ina Naim setiap minggu selepas membuat persembahan di konsert Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Hadie dan Ina, anak soleh ibu..
Nama Hadie, anak sulung kepada Ina Naim mula dikenali ramai ketika Hadie memberanikan diri untuk menyertai rancangan Talk To My Manager bersama ibunya. Setiap minggu, persembahan Hadie sering dinantikan oleh para peminatnya.
Meninjau di akaun TikTok milik sugehresort, telah dikongsikan video yang memaparkan Hadie sedang menyanyi sebuah lagu sambil bermain gitar. Turut ada di sisi Hadie adalah ibunya dan kedengaran Hadie menyanyikan lagu bertajuk Aku Bukan Jodohnya, nyanyian asal oleh penyanyi, Tri Suaka.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah video tersebut juga berkongsi moment ketika Hadie memeluk ibunya pada setiap minggu selepas persembahan di rancangan Talk To My Manager. Ramai yang mengatakan tersentuh dan sebak melihat cara Hadie memeluk Ina.
Komen warganet, Hadie seorang anak yang sangat menghargai kasih sayang ibunya. Bukan itu sahaja, cara layanan Hadie meratukan Ina juga meraih pujian ramai. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@sugehresort Kasih sayang Hadie dengan ibu nya. So sweet..
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cara dia peluk mak dia setiap minggu tu memang syahdu betul tengok.. Hadie anak yang soleh, sentiasa buat ibunya bahagia.. “
” Ya Allah jadikan anak lelakiku seperti Anak ini ya Allah.. Sungguh dia syg sgt dekat ibunya.. Tersentuh aku sebagai seorang ibu.. “
” Alhamdulillah…Bruntungnya Ina masih ada ank sulung yg boleh dipeluk olehnya.. Allahuakbar, sedih…Sy tak dpt dh pelukan yg ikhlas dr arwah ank sulung sy.. “
” Aduh sedehnye lihat seorang anak yg sgt menghargai seorang ibu yg terlalu byk berkorban utk membesarkan Dan mendidik anak2.. “
” Tahniah Hadi boleh jd ikon anak yg soleh. Moga Hadi Dan adik2 jd anak yg soleh Dan solehah serta cemerlang Dunia akhirat. Aamiin… “
” Sapa tgok ttmm mggu lepas. wktu dia nk peluk ibu dia. Dia pgil cara tunjuk tgn dia nak peluk cepat2. Ibu pun lari, comel sgt hahaha.. “
” Dia tau ibu dia tu kesayangan arwah ayah dia. Jadi dia cuba jaga kesayangan arwah ayah dia.. Sedih lah pula tengok.. “
Hadie sememangnya seorang anak yang baik, bersopan santun, menghormati dan mentaati ibunya. Semoga Hadie tak lupa diri apabila berjaya satu hari nanti dan sentiasa humble. Apa-apa pun, semoga Hadie akan memperolehi kejayaaan di Grand Finale Talk To My Manager nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sugehresort
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen