Artis / Selebriti
” Chinese look, comelnya dia. Gebu dan bambam betul.. ” – Komen Netizen

Syafiqa Melvin Kongsi Video Reaksi Suaminya, Azhar Dan Anak-Anak Ketika Kali Pertama Bertemu Baby Yang Baru Lahir Raih Perhatian Ramai. Azhar Tak Dapat Tahan Sebak Dapat Dukung Baby. Comelnya Anak Kak Long, Nama Pun Cantik !!
Bekas juara Gadis Melayu musim kedua, Syafiqa Melvin atau mesra dengan panggilan Kak Long oleh adik beradik dan pengikutnya di media sosial telah pun mendirikan rumahtangga kali kedua bersama Azhar Othman sekitar pada bulan Disember tahun lalu. Rumahtangga Syafiqa semakin bahagia apabila Syafiqa disahkan hamil.
Sebelum ini Syafiqa ada berkongsikan reaksi suaminya yang sebak kerana bakal mendapat zuriat sendiri. Penantian 9 bulan mereka berakhir apabila Syafiqa selamat melahirkan cahayamata mereka ini beberapa hari yang lalu. Syafiqa memaklumkan berita gembira ini di Instastory miliknya.
Meninjau perkongsian terbaru Syafiqa di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Azhar dan anak-anak mereka, Zayyan dan Hara ketika melihat adik baby. Azhar tidak dapat menahan perasaan sedihnya dan menangis kegembiraan dapat mendakap cahayamatanya itu.
Syafiqa turut mencoretkan di ruangan kapsyennya nama yang telah pun dipilih untuk si kecil ini. Ameena Sofeea membawa maksud yang bersih dan jujur. Chubby betul Ameena, berkulit cerah kemerah-merahan, memang sesuai dengan nama yang diberikan. Seronok semua menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.
Jom tonton video di bawah :
Perk0ngsian oleh Syafiqa ini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaAllah bulat sihat anak kaklong.. bestnya bau baby.. bau masham masham wangii tuu.. comel sangat.. “
” Mashallah tabarakallah. Tahniah kaklong dan abg azhar.. Alaaa Adk comey cantik nya awk… semoga m’besar mnjd ank yg sihat.. solehah… confirm awk akn jd mangsa anty2 awk nie… jedda dh stnby nk picit2 pipi tu.. “
” Masha Allah bambamnya dia, comel betul.. Best nama Ameena Sofeea, semoga membesar dengan sihat selalu.. “
” Masyaallah Tabarakallah Tahniah kak long syafiqamelvin & abg long azhar_othman7011 dpt bby yg gebu gebas. Semoga bby membesar dengan sehat & menjadi anak yg solehah buat mak abah.. “
” Ya Allahhhhh bolatttttnyaaaa, sihat alhamdulillah. congratulations kaklong dan suami.. selamat berpantang Dan welcome in the world baby semoga jd Ank yg solehah Dunia akhirat “
” Chinese look, comelnya dia. gebu betul, pipi tu macam pau. bambam tu geramnya kita tengok.. ameena sofeea kesayangan semua.. “
” Ameena Sofeea, lahir-lahir dah bambam ni.. Comey sangat anak kaklong. Nama pun sedap. tahniah kaklong selamat berpantang.. “
Siapa sahaja yang tidak geram melihat wajah Ameena yang chubby itu. Comel macam abang Zayyan dan kakak Hara juga. Apa-apa pun, tahniah Syafiqa dan Azhar atas kurniaan ini. Semoga Ameena Sofeea membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syafiqa Melvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen