Artis / Selebriti
” Cikgu record senyap-senyap dari cermin. Leka Amir berlatih, tak perasan pun dia.. ” – Netizen

Video Throwback Sesi Latihan Awal Amir Selepas Mendapat Lagu Untuk Minggu Final The Chosen One. Lagu Kedua Tu Amir Langsung Tak Tahu Rupanya, Nasib Jenis Cepat Menghafal. Siap Buat Perubahan Lagi Pada Lagu. Dengar Amir Qasidah Meremang Weh !!
Sekali pun program The Chosen One telah pun melabuhkan tirainya, namun aura Amir masih terasa bahangnya pada semua penonton setia rancangan realiti ini. Menjadi juara The Chosen One musim 1 merupakan hadiah dan anugerah terindah buat Amir yang cukup istimewa di hati semua orang ini.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan video throwback ketika Amir mula-mula mendapat lagu untuk final. Ini adalah latihan awal Amir untuk membiasakan diri dengan lagu Kemarin dan Ghazal Untuk Rabiah.
Untuk lagu Kemarin, ianya tidak sukar kerana Amir pernah menyanyikan lagu itu sebelum ini. Cuma untuk lagu keduanya itu, Amir tidak biasa mendengarnya dan Amir perlu cepat menghafal lirik lagu tersebut. Rezeki dan anugerah Allah untuk Amir kerana Amir mempunyai kebolehan menghafal dengan cepat dan baik.
Video ini dirakam senyap-senyap oleh cikgu tanpa Amir sedari. Qasidah yang Amir masukkan dalam lagu Ghazal Untuk Rabiah tu memang bersesuai dan satu tindakan yang terbaik. Bertambah lunak lagu itu dengan qasidah daripada Amir. Tak terfikir langsung dalam ghazal ada qasidah.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Walau tak biasa dengan lagu kedua,Unuk cuba untuk hafal sampai ke hotel,rezeki Allah dia cepat dalam menghafal#fypシ #berandatiktok #evolusibintangbaharu #diaridaripedalaman #tco #amirthechosenone #amirsisi
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kagum dengan Amir cepat dapat satu2 Lagu. Memang punyai kecerdasaan muzik yg tinggi. Cepat dapat, lps tu mampu masuk dlm harmoni dengan kemas.. ”
” Lenguk nyanyian amir tu yg jadikkan lagu tu sayuuu je bila dengar.. Perubahan pada lagu ghazal utk rabiah mmg power.. ”
” Acik kagum dgn amir sgt2, mudah menghafal,.. masyaAllah anak, satu anugerah Allah buatmu wahai anak.. acik xleh nk move on lg dgn suara amir ni.. ”
” Tak pernah jemu dgn lagu yg di dendangkan oleh Amir…. 10 kali dgr pon tetap rasa sebak dan meremang bulu roma… Aura Amir ni lain mcm.. ”
” Dengar amir nyanyi lgu nie auto sebak… teringat arwah kawan.. cikgu buat 1 set video lagu yg unuk nyanyi dlm TCO..berhantu sguh suara budak unuk ni.. ”
” Cikgu record senyap-senyap dari cermin… leka berlatih, tak perasan pun dia. tahniah Amir… uncle bangga dgn Amir… semoga di permudahkan urusan amir.. ”
” Alamak.. tak boleh nk move on lagi lah. wpun tco dah tamat. x tenang rasanye sehari x dengar suara unuk hehe.. ”
” Tak mudah jgk nk ikut lenggok qasidah tu.. tp amir mmg hebat.. Amir ni daya hafalan dia kuat.. ”
Suara Amir ni memang betul-betul mengh4ntui ramai orang, masing-masing tak boleh move on lagi dengan nyanyian Amir dalam The Chosen One walaupun program itu telah pun berakhir. Tunggu single Amir terbit nanti tentu melet0p di corong-corong radio dan media-media. All the best Amir.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen