Artis / Selebriti
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman terjatuh ketika live bersama Fattah Amin, Yuti dan Aca buat warganet terhibur. Cuak terus muka Fattah bila dengar Amira menjerit tu. Sekali Yuti melatah, berdekah semua gelak. Amira sendiri pun non stop ketawa. Kelakar betul..
Pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman kembali bersiaran langsung bersama untuk produk Rissa Skin semalam. Tidak hanya berdua, pasangan ini turut ditemani oleh stylist popular yang akrab dengan Fattah iaitu Yuti dan juga pengurus Fattah, Aca.
Seperti sebelum ini, jika adanya Yuti, pastinya live akan dipenuhi dengan gelak ketawa kerana perangai Yuti yang kelakar dan suka mengusik Fattah dan Amira. Bertambah havoc apabila Yuti bergabung bersama Aca, lagi pening Fattah dan Amira menjadi bahan usikan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Indah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika live semalam. Ketika Fattah sedang bergurau bersama Yuti, tiba-tiba kedengaran suara Amira menjerit. Reaksi muka Fattah cemas ketika mendengar suara isterinya itu.
Rupa-rupanya Amira terjatuh gara-gara terpijak seluar sendiri. Yuti pula spontan mengusik dan mengatakan ‘ kembali semula ke rancangan Jatuh Ke Tu ? ‘. Kata-kata Yuti itu membuatkan semua ketawa. Jarang dapat mendengar Amira ketawa seperti ini. Terjatuh ketika live, ramai pula mata yang memandang.
Jom tonton video di bawah :
@cikindah911 Kembali lagi dalam rancangan “jatuh ke tu” aduiii 😆😆 nasib jatuhnya atas kosi jugakk 🤣 #fattmira #fattahamin #amiraothman #rissaskin
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku banyak kali ulang nak nak muka Fattah bila mira jerit.. muka cemas terus haha.. suka dgr mira gelak walau sian dia jatuh.. “
” Suka dengar mira gelak walau kesian dia jatuh.. Aku penat laaaa gelakkkkkk live mlm ni.. Yuti siap melatah sebut nama amira othman jatuh haha.. “
” Tak pernah tengok mira jerit pertama kali tgok comel betol ler.. aku kn xboleh la dgn yuti ni. ok kembali lagi ke rancangan ‘ Jatuh Ke Tu’ haha.. “
” Adoi Mira yg jatuh yuti yg jerit.. jenuh ku tahan gelak mlm ni tkt terjaga si kecik kat sebelah ni.. ‘kita kembali ke rancangan jatuh ke tu’.. yuti yuti, sakit perutku haha.. “
” Ya Allah dgn kita2 terkejut ingat kenapa lah Mira menjerit. sib baik landing atas kerusi jugak. lawak tapi kesian, sorry mira tergelak jugak haha.. “
” Aku ulang banyak kali, suka tengok reaction Fattah. Cemas muka fattah tgk wife dia.. bersemutttt couple ni.. Kelakar yuti ‘rancangan … jatuh ke tu ??, haha.. “
” Lawakla yuti “aaaa mira othman jatuh eh eh”.. ulang banyak kali biar Mira jatuh banyak kali.. sweet la ABG long panik muka dia.. “
” Miraa clumsynya haha.. 1o kali ulang tetap berdekah. Kembali ke rancangan ‘jatuh ke tu?’ ,, yuti memang penceria suasana lah.. kelakar yuti hilangkan Mira.. “
Tergelak semua di set melihat kejadian yang tidak disangka ini. Nasib baik lah ada sofa di tepi Amira. Kalau tidak, entah apa lah yang akan terjadi. Muka cuak Fattah dan usikan Yuti itu menceriakan suasana. Amira sendiri pun tidak boleh berhenti ketawa. Semoga live yang akan datang tidak terulang lagi kejadian seperti ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cikindah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen