Artis / Selebriti
” Comel betul control macho ya Jebat.. ” – Netizen

Video Sharnaaz Ahmad Bawa Anaknya, Jebat Jayden Naik Motor. Reaksi Muka Jebat Yang Berkerut Dahi Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Sungguh Jebat !!
Sharnaaz Ahmad nama yang tak perlu diperkenalkan lagi di arena seni. Pelakon dan pengacara berbakat ini sering berkongsi vide0 dan gambar bersama anaknya Jebat Jayden. Ada saja kelatah Jebat Jayden yang dikongsi di instagram miliknya.
Biarpun sudah tidak sehalu4n dengan bekas isteri, namun tanggungjawab Sharnaaz terhadap Jebat tidak pernah diabaikan. Seringkali aktiviti-aktiviti bersama Jebat akan dimuat naik dan mendapat ribuan view di instagram miliknya. Malah Jebat juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Jebat anak comel ini cukup pandai beraksi di depan lensa kamera. Gaya dan keletahnya yang bersahaja menghiburkan followers yang sentiasa menanti aksinya. Sebelum ini, Sharnaaz juga ada berkongsi video Jebat membuat beberapa bunyi haiwan. Bunyi yang dihasilkan cukup bergaya terutamanya bunyi kuda.
Baru-baru ini Sharnaaz berkongsi sebuah lagi video Jebat mengikut Sharnaaz menaiki motosikal atas permintaan Jebat sendiri. Lagak Jebat semasa menaiki motosikal bukan main lagi ya. Siap buat mimik muka lagi, comel sangat Jebat. Macam orang dah besar lagaknya. Hujan pun nak berjalan jugak ya Jebat !
Ikuti perkongsian video Sharnaaz di bawah :
Perkongsian Sharnaaz tentang aksi bersahaja Jebat menarik netizen memberikan pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Ride bawak mai makan ayam bedepot laa mamu… Hahahah baby.. Muka tuuu.. “
” Muka tu muka tuuuuu ger4mmmmm.. sama la anak saya.. ujan ke tak, tetap nak juga naik. macam rutin wajib plak.. “
” Dkt astro ria ada ulangan drama yg watak jebat 2.. ttba tringt dkt jebat jayden.. “
” Awat grumpy sgt tuu.. Haha comey btul control macho ya Jebat.. “
” Masammmnya nk p jln Mana tu encemm.. Mukaa tuu.. “
” Muka tu fix sikit please…. Hahahha. Tak0t ker darling… Or speechless sebab jebatster (g4ngster) k1cks in.. Hahahha. Alololo… So cute lah him.. “
” Haha comey btul control macho ya Jebat.. Pipi dia tembam nya kan.. “
Comel sangat Jebat ni. Dah pandai nak minta Sharnaaz selalu bersamanya membuat pelbagai aktiviti. Tak sabar nak tunggu Jebat petah berkata-kata pula. Semoga Jebat terus membesar dengan sihat dan jadi anak soleh dunia dan akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen