Artis / Selebriti
” Comel dan rileks je cakap Melayu, petah pulak tu.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Ketika Berada Di Restoran Mamak Buat Ramai Terhibur. Amboi Suka Lepak Mamak Rupanya. Comel Isaac Order Roti Canai Kari Dengan Air Lemon Tu. Part Sebut ‘ Lapoo’ Tu Buat Ramai Geram Dengar !!
Perkahwinan aktres dan aktor sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza diserikan dengan kehadiran cahayamata sulung mereka, Isaac Raees. Kini Isaac sudah pun 2 tahun usianya dan membesar dengan sihat.
Meninjau akaun Instagram Isaac Raees, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahirah dan Aiman membawa Isaac ke restoran mamak. Tertulis pada kapsyen posting ini mengatakan ‘ Ijack suka lepak mamak ‘. Kelihatan pada awal video Isaac memegang sebatang pensil dan kertas.
Selepas itu, Zahirah bertanyakan kepada Isaac apa yang mahu ditempah. Isaac mengatakan dia mahukan roti canai, air lemon dan kuah kari. Apabila ditanya mahu kan roti canai 1 atau 2 keping, laju Isaac menjawab 2 keping. Wah selera besar juga Isaac ni.
Yang membuatkan warganet ger4m adalah mendengar perkataan ‘ lapoo’ yang disebut oleh Isaac. Ramai yang suka mendengar Isaac fasih berbahasa Melayu. Tidak hanya bahasa Melayu, bahasa Inggeris Isaac juga sangat bagus. Pandai Zahirah dan Aiman seimbangkan penggunaan kedua-dua bahasa dalam kehidupan seharian Isaac.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Isaac suka mkn roti canai ya citarasa Msia tuuu.. tapi minum lemon tu yg awesom btl.. selalu baya-baya isaac ni minum milo. hencem cucu nanny.. ”
” Roti canai 2 kuah kari dengan air lemon.. Suka tgk Isaac cakap melayu, tambah pulak dgn muka dia yg comel. Lesung pipit tu, mahal.. ”
” Roti canai 2 kuah kari. Melayu sangatt awak Ijackk haha. Kuat makan Isaac ni, petah pulak tu bercakap dia sekarang.. boleh buat teman borak dh.. ”
” Suka btl dgr Isaac ckp melayu.. sesekali dgr ckp English ok jugak. pndai mummy n daddy ajar Isaac.. seimbangkan kedua Bahasa.. ”
” Comel and rileks je cakap melayu, aunty suka suka.. Bijak issac. suka betui tengok keletah dia.. bukan main selera 2 biji roti canai nak tu haha.. ”
” Air bukan main order lemon haha.. ‘ Lapooo cute je bunyi nya.. ee ger4m tengok Isaac ni.. Bunyi cakap orang Johor je, lapooo.. ”
” Alolo makin besar makin handsome. Bagusnya Isaac cakap Melayu.. Bagus order air lemon, bakar lemak-lemak ye.. Kecik-kecik dah pandai jaga kesihatan ye.. ”
” Pandai, bijak dan cerdik. Comelnya awak Isaac.. makin banyak cakap, ijack lapar haha.. cute je sebut ‘laporrr’ tu.. ”
Manalah warganet tidak ger4m melihat Isaac, mulut tu makin banyak cakap. Kecil-kecil sudah pandai lepak mamak eh Isaac. Roti canai 2 keping, kuah kari dengan lemon tu memang awesome sangat. Membesar dengan sihat selalu Isaac dan semoga menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Isaac Raees
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen