Artis / Selebriti
” Comel la pak imam dan makmum ni. Kiblat sorang kiri, sorang kanan, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak-anak Datin Shahida, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah sedang belajar solat buat ramai terhibur. Part Yusof mengadu Raudhah tak nak bangun dari sujud tu kelakar. Amboi garang betul Yusof bila jadi imam. Dah lah kiblat pun lain-lain, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat dua orang anak mereka, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah sedang belajar solat bersama-sama.
Menerusi video itu, kedengaran suara Datin Shahida sedang mengajar Yusof yang menjadi imam membaca surah Al Fatihah. Selain itu, kelihatan juga Yusof begitu garang dengan Raudhah gara-gara adknya itu tidak mengikut cara solat dengan betul. Yang paling mencuit hati apabila sejadah kedua-dua mereka berlainan arah kiblat ketika sedang solat.
Manakala di ruangan kapsyen pula, tulis Datin Shahida, proses mengajar anak-anak untuk mengenali agama memerlukan kesabaran yang tinggi kerana lain anak, lain ragamnya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat Yusof dan Raudhah belajar solat.
Ada yang mengatakan tidak menyangka Yusof dan Raudhah sekarang sudah besar dan telatah mereka begitu comel dan mencuit hati. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Datin Shahida ini telah menerima lebih 8,500 tanda suka direkodkan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel la pak imam dan makmum ni. Kiblat sorang kiri, sorang kanan, haha.. Moga Yusof dan Raudhah menjadi anak yang solehah buat datin dan dato.. “
” Hahahahahaha sambil sujud pun boleh nak mengadu.. Tapi ni lah moment paling berharga sangat.. Comel kedua duanya.. “
” Tahniah Yusof. Sat ja semakin besar.Jadi abang yang baik nah. jangan buli buli adik Raudhah nah, haha.. Semakin besar ni tak leh dah nak nakal nakal nah.. “
” Masya Allah bagus dtn comel laa dua ketul Alhamdulillah.. Dah besar dah dua budak comel ni.. Sekali tengok dah macam kembar.. “
” Alhamdulillah sama mcmsaya ajar anak2 masa diorang baru nak belajar solat suara kita kuat sn nk suruh dia ikut. Skrg alhamdulillah dia orang dah boleh jd imam dah.. “
” Ahahahahahaha comel la kiblat sorang satu, hehe.. Abang Yusof garang betul lah, naik takut si adik tu kena marah dengan dia, haha.. “
” Pak imam bagus jaga makmum terlebih.. Comell nye dua2.. Insyaallah semoga segala urusan kita dalam mendidik anak2 zaman skrg dipermudahkan Allah selalu aminn.. “
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya, bermaksud mendidik anak-anak biarlah ketika usianya masih kecil. Bagus Yusof dan Raudhah kecil-kecil lagi sudah belajar solat. Semoga adik beradik ini terus membesar menjadi anak yang baik, soleh dan solehah buat kedua ibu bapa mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen