Artis / Selebriti
” Comelnya, dengan kita-kita yang tengok ni goyang kepala.. ” – Netizen

Video Ridzokumura Dan Isterinya, Akiko Serta Anak Mereka, Sky Menyanyi Lagu Doraemon Ketika Live Raih Perhatian Ramai. Wah Bukan Main Semangat Akiko Menyanyi, Comel Je Suara Akiko !!
Ridzokumura atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan bin Abdul Mutalib merupakan seorang pempengaruh dan juga pengusaha salon. Keluarga ini sering menjadi tumpuan di media sosial apabila menjelang bulan Ramadhan kerana ingin melihat juadah yang disediakan oleh isteri Ridz yang berasal dari Jepun.
Jika dahulunya Akiko dilihat seorang yang pemalu dan jarang sekali muncul di dalam video yang dikongsikan, namun kini nampaknya Akiko sudah boleh berhadapan dengan kamera. Terbaru dalam satu video live keluarga ini Akiko telah menyanyikan lagu Doraemon.
Lagu kegemaran di zaman kanak-kanak ini sering menjadi siulan ramai walaupun ia dalam bahasa Jepun. Ia mengingatkan kembali kepada kita ketika zaman kecil dan yang dibesarkan dengan kartun animasi ini. Alahai, nampak comel sungguh keluarga ini menyanyi.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ridz dan anaknya iaitu Sky turut menyanyikan lagu Doraemon sambil menari di belakang. Wah, terasa ingin bergoyang sekali.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan olrh netizen ialah :
” Alamak lagu dah kluar maksudnya dah nk hari isnin cutelah keluarga abg.. bahagia cara tersendiri. Dulu petang mandi cepat cepat baru mama bagi tengok Doraemon.. “
” Suke bbno nengok komee.. mawadah sakinah rahmah indah nya berbagai bangsa dlm dunia jika bersatu dlm kebaikan.. “
” Lagu doraemon pulak jadinye. Bang next live nyanyi lagu ultraman Ace plak, yg ade Hakuto & Minami.. dgn kita2 yg tgk ni goyang kepala.. “
” Comel nya la hai…. Semoga sentiasa bahagia dalam kasih sayang Allah .. Akiko, Sky & Abg Ridz for singing Doraemon & Mira e sonG.. “
” Halahhh… Halahhhhh… Comel la pulakkk… Cerita magrib2 dulu… Selalu gaduh2 dgn abah… Tapi anak tetap menang.. “
” Bagus anak boleh belajar dwi Bahasa. Penting.. Comel Akiko, boleh lah sky dgn abg jadi back up singer. Lepas ni lagu Gaban plak please.. “
” Hahahah… Comell.. Cerita doraemon nilaa sy xpenah miss mase kekecik dulu bang .. Yg belakang memang penyanyi & penari khas.. “
Seronok melihat keluarga ini walaupun percampuran budaya dan juga bangsa. Walaupun berbeza, masing-masing boleh menyesuaikan diri dengan budaya yang berbeza. Semoga keluarga Ridz sentiasa bahagia selalu bersama anak mereka yang tercinta iaitu Sky. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen