Artis / Selebriti
” Comelnya kisah cinta macam ni. Jodoh datang dalam pelbagai cara.. ” – Netizen

Anak Datuk Seri Khalid Jiwa, Asyraf Khalid Kongsi Cerita Detik Perkenalan Nabila Razali Dan Nik Iruwan. Oh Asyraf Yang Jadi Orang Tengah Rupanya. Alahai Sweetnya Kisah Cinta Nabila Ni. Dalam Malu-Malu Kena Kenen, Tersangkut Juga. Kalau Dah Jodoh !!
Penyanyi Nabila Razali telah pun selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan semalam. Dalam kemeriahan Nabila diraikan sebagai pasangan pengantin baru, anak lelaki kepada Dato’ Seri Khalid Jiwa, Asyraf Khalid antara yang gembira dengan penyatuan kedua mempelai ini.
Meninjau akaun Tiktok Tun Asyraf Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paparan perbualan WhatsApp antara Asyraf dan Nabila beberapa bulan yang lalu. Cerita Asyraf, perkenalan Nabila dan Nik Iruwan disebabkan perancangannya.
Kisahnya bermula apabila Asyraf bertanyakan kepada Nik Iruwan dan Nabila tentang pasangan mereka, namun keduanya mengatakan masih belum berpunya. Pandai Asyraf mengatur dan Nabila pertama kali bertemu Nik Iruwan ketika majlis hari lahir Asyraf.
Sudah tertulis jodoh Nabila dan Nik Iruwan, hanya lebih kurang 6 bulan perkenalan mereka, keputusan untuk mendirikan rumahtangga sepakat diambil. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk Nabila dan Nik Iruwan akhirnya sah sebagai suami isteri.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 37 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Asyraf ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Just less than 6 months? they must be a good person to each other istg. This is what we mean by ‘cable’ in a professional setting: it’s called networking. Sekrang ni nak senang ada relationship perlu ada cable juga hehe.. ”
” Hmmm tlgla arrange utk sy jgk..nk settle down jgk..tp dh down aku cari haha.. bila kita nak jmpa kawan yg function mcm asyraff ni.
” Wahh what a lovely story congrats bella.. took only 6 months to decide on marriage i’m impress n happy with the process for both of u.. ”
” Tolong arrange jodoh aku macam ni jugak please.. Comelnya kisah cinta camni.. aku harap kawan2 function mcm asyraff.. ”
” Beautiful love story.. congratulation to both of you.. syoknya ada kawan macam Asyraf ni. Alhamdulillah bella dah jumpa the right men.. ”
” Betul lah kalau dah jodoh tu, semua akan mudah. Jodoh datang dalam dalam pelbagai cara.. Asyraf dah boleh bukak agensi cari jodoh ni hehe.. ”
” Sukanya tengok relationship macam ni.. like very professional. semoga kekal sampai syurga Nabila Razali dan Nik Iruwan.. ”
Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak ke mana. Allah lancarkan perkenalan mereka dan tempoh yang singkat mengenali hati budi masing-masing. Ramai pulak yang berharap ada kawan macam Asyraf ni. Turn siapa pula kena kenen dengan Asyraf selepas ini agaknya, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG & Tiktok Tun Asyraf Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen