Artis / Selebriti
” Comelnya Nyamma, bijak dan behave dia.. ” – Netizen

Gelagat Fatima Aisya Menerusi Video Di Sebalik Tabir Hero Seorang Cinderella 2 Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Ada Bakat Berlakonlah Anak Fazura Dan Fattah Ni. Bila Interview Pun Pandai Je Fatima Jawab !!
Meninjau ke akaun Instagram Fazura, perkongsian di sebalik tabir pembikinan drama Hero Seorang Cinderella 2 telah meraih perhatian ramai. Drama ini merupakan kesinambungan drama Hero Seorang Cinderella yang bersiaran sekitar tahun 2016.
Apa yang menarik untuk drama kali ini ialah penampilan cahaya mata Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya. Ini merupakan pertama kali Fatima berlakon dan memegang watak sebagai anak Tengku Ian dan Nura Medina yang dilakonkan oleh ibu bapanya sendiri.
Dapat dilihat Fatima sangat behave dan pandai mengikut arahan. Sememangnya Fatima mewarisi bakat seni ibu dan bapanya. Di akhir video apabila ditanyakan watak apa yang dibawakan oleh Fatima dalam drama tersebut, Fatima boleh menjawabnya. Ini bermakna Fatima sangat memahami kerjaya lakonan.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Telatah dan gelagat Fatima dalam video dikongsikan ini sangat comel. Tidak sabar untuk melihat bakat lakonan Fatima.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai peminat tidak sabar untuk menonton drama ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Jodoh pasti bertemu di sinilah awal pertemuan daddy n mommy Fatima dulu.. kita nak bts lagi.. alololoo daddy’s girl sgt.. “
” Masyaallah cantikkkk sangat fazura n Fatima in that black dresses! . Welcome back my most favourite drama HSC Can’t wait to watch.. “
” FATTZURA keluarga yg sempurna dgn ada nya Fatima yg cantik lagi bijaksana. Tak sabar nak tonton HSC lakonan lakonan Fatima dgn daddy dan mommynya.. “
” Yeayyy! Boleh tak share lagi bts sepanjang shooting tu? Nak tgk keletah Fatima.. Anak bijak Nur Fatima Aisya…May Allah always bless this family .. “
” Nanti sekali sekala mommy share bloopers especially part Fatima pun best jugak .. ya Allah. sukanya tengok family ni subhanAllah.. “
” Tak sabar nak tgk fatima berlakon comel.. Gerammnya tgk si comel bijak tu .. Nyama is such a big girl right now… comel sgt2 la,aunty suka tgk.. “
” Comei nye Nyamma… Bijak & behave dia… Love sangat .. .. Knapaa rasaa x sabar nii bnyk kak faz punyaa drama tak sabar tunggu haduii.. “
Drama ini akan bersiaran di saluran Astro Ria bermula 17 Mac ini. Pastinya ramai peminat drama ini tidak sabar menonton sambungan drama ini. Drama ini juga merupakan pertemuan dan perkenalan Fazura dan Fattah sehingga bergelar suami dan isteri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen