Artis / Selebriti
” Cuci kaki mempelai, fuh simbolik dan penuh adat betul.. ” – Komen Netizen

Video YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya menyempurnakan Adat Panggih Tradisi Yogja raih perhatian ramai. 1st time tengok pengantin perempuan kena cuci kaki suami. Unik dan cukup simbolik adat Yogja ini..
Sebagaimana yang dirancangkan, majlis resepsi sebelah YM Tengku Natasya Tengku Adnan telah pun berlangsung petang tadi. Ini merupakan acara pertama dalam adat masyarakat Jawa dan beberapa upacara disempurnakan oleh pasangan pengantin baru ini.
Salah satunya adalah Adat Panggih Tradisi Yogja dan ianya menjadi salah satu upacaranya. Meninjau entry di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan suasana ketika berlangsungnya Adat Panggih ini. Kelihatan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang turut berada di hadapan kedua mempelai itu.
Kelihatan Tengku Natasya mencuci kaki Tengku Muhammad di dalam sebuah bekas yang terisi air. Adat Panggih ini dikatakan sebagai simbolik ketaatan seorang isteri terhadap suaminya. Isteri akan mengabdikan dirinya sepenuhnya dan melayani serta menghormati suami.
Cukup indah adat tradisi Yogja ini penuh dengan tertib dan kelembutan. Ianya suatu pengalaman baru untuk semua yang tidak pernah melihat majlis resepsi dengan adat Yogja. Jauh berbeza dengan adat Melayu tetapi apabila bersatu menjadi serumpun yang harmoni.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masyaallah.. cantik dan tampan. serasi bersama hingga Firdausi amin.. “
” Masyaalloh sungguh indah.. perpaduan melayu dan jawa.. pengantin diraja melayu dan jawa, semoga pernikahan kekal till jannah sgera dapat anak keturunan.. “
” Oh my, the clothes. So I remember when I married my ex-husband, I also wearing that dress. It’s Javanese traditional clothing, and the crown feels so heavy full of hairpins.. “
” Mantap smg samawa bahagia dunia dan akhirat Aamiin.. Pencantuman 2 budaya…begitu indah keseniannya….semoga berbahagia hingga ke jannah.. “
” Satu nusantara yang harmoni.. start video masa tengku natasya tunduk pandang bawah tu sebijik muka macam Julia Perez.. “
” Adat jawa keraton terbaik.. suka tengok sebab keunikannya tu.. tahniah selamat pengantin baru tengku muhammad dan tengku natasya.. “
” Cuci kaki mempelai ni simbol bahawa seorang isteri akan mengabdi penuh kepada suami. melayani suami dan menghormati.. penuh adat betul.. “
Setiap nusantara ada adatnya tersendiri dan ini antara adat Jawa yang masih teguh diamalkan oleh keluarga Tengku Natasya. Semoga Tengku Natasya akan menjadi sebaik-baik isteri buat Tengku Muhammad dan isteri yang solehah, Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen