Artis / Selebriti
” Dah lah cantik, hormat pula dengan orang tua.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Puteri Ameerah dan Putera Wakeel ketika memberi sumbangan hari raya raih perhatian ramai. Alahai cantik sungguh Puteri Ameerah. Bagi sumbangan sambil tundukkan badan, sopan santun sangat..
Meninjau ke akaun Instagram AmeerahBolkiah, perkongsian beberapa gambar dan juga video terbaru Puteri Ameerah bersama abangnya, Putera Wakeel menyampaikan sumbangan hari raya telah meraih perhatian ramai orang.
Ramai yang terpersona melihat penampilan Puteri Ameerah yang cukup cantik memakai baju kurung moden dan mengenakan shawl sedondon berwarna hijau. Ketika Puteri Ameerah melangkah masuk ke majlis tersebut, gaya Puteri Ameerah berjalan persis seorang model.
Ramai juga yang memuji cara Puteri Ameerah menyampaikan sumbangan dengan menundukkan badannya ketika memberikan kepada orang yang lebih tua. Ini menunjukkan Puteri Ameerah mempunyai adab yang baik dengan menghormati orang yang tua daripadanya.
Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak ketinggalan Putera Wakeel yang cukup handsome berbaju Melayu berwarna kelabu dan bersampin. Sememangnya kedua adik-beradik ini sama cantik dan handsome.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Puteri Ameerah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tabarokallah sehat sukses selalu YTM paduka seri.. Puteri Aameerah suka Pempek gak nih, dikirim nanti dari Palembang.. “
” Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh sehat2 selalu Puteri Ameerah Bolkiah . mimpi ku puteri… Assalamualaikum.. bismillah, selamat berbuka puasa.. “
” Awak sgt pretty plss.. So sweet and elegant..thats Puteri Ameeraah.. Salam ya buat yg trhormat paduka Raja yqng di pertuan agung Hasanah bolkiah.. “
” Barakallah…CantikNYA CiptaanMU Yaa ALLAH .. Tuan putri sudilah kira nya mengundang saya.. Ada lagi x gambar terbaru Puteri Ameerah?? “
” Cantiknya princess.. You look spellbinding.. Cantik nyer sopan santun..hormat dgn warga tua. Simply beautiful.. Oowwahhh lawa berabisss.. “
” Masya allah comel nye tuan puteri.. cantik persis ibunya azrinazmazharhakim .. Dh la cantik hotmat plk dgn orang tua.. “
” Masyaallah tingginya budi pekerti PAP Ameerah merendahkan badan menyantuni warga tua. Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi PAP Ameerah selalu Aamiin.. ”
Untuk rekod, Puteri Ameerah dan Putera Wakeel merupakan cahaya mata Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isterinya, Azrinaz Mazhar Hakim. Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau ke nasi kerana kedua adik-beradik ini mewarisi rupa paras ibu bapa mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ameerahbolkiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen