Artis / Selebriti
” Dah lama tunggu nak tahu nama budak comel ni, akhirnya mummy dia umum.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Wajah Anak Kedua Buat Kali Pertama, Perkongsian Izara Aishah Raih Perhatian Ramai. Alahai Nama Pun Cantik, Seindah Wajahnya !!
Umum mengetahui pada bulan Oktober tahun lalu, pelakon jelita iaitu Izara Aishah telah selamat melahirkan anak keduanya. Berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram, ramai rakan-rakan Izara dan para peminat memberikan ucapan tahniah.
Namun, Izara tidak berkongsi wajah penuh dan nama anaknya dan hanya mengetahui Izara selamat melahirkan bayi perempuan. Meninjau di akaun Instagram Izara, telah dimuatnaik gambar terbaru anaknya itu setelah hampir 4 bulan Izara melahirkan cahaya mata keduanya.
Malah bukan itu sahaja, Izara turut berkongsi nama yang diberikan kepada anak keduanya iaitu Amara Amina. Menerusi gambar tersebut, kelihatan Amara Amina sedang menghisap susu botol. Perkongsian terbaru Izara ini telah menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan yang wajah Amara Amina saling tidak tumpah seperti kakaknya, Arisa Alaia. Sehingga kini, gambar terbaru anak Izara menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai comelnya, pipi pau lah.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, selain memuji kecomelan Amara, ramai yang turut menitipkan doa buat si kecil ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai comel, sedapnya nama si kecil ni.. Alhamdulillah moga Amara Amina menjadi ank solehah berjaya dunia akhirat.. ”
” MasyAllah cantiknye, Assalamualaikum Amara.. Muka mommy lah dia.. Semoga menjadi anak yang mendengar kata kedua ibu bapa.. “
” MashAllah tarakAllah. Sedap nama pilihan Izara dan suami.. Semoga membesar dengan baik AmaraAmina dan menjadi anak yang solehah.. “
” MasyaAllah. Sedaknyaaa bau baby. Tahniah2. Moga awk membesar jadi anak solehah, penyejuk mata, penawar di hati ibu ayah.. “
” MasyaAllah comel sungguh lah dia.. Sedap pula tu nama.. Assalamualaikum sayang, semoga membesar dengan sihat ya sayang.. “
” Omgggggg so cute.. Muka copy kakaknya lah.. Hehhee.. Geram tengok pipi pau tu.. MasyaAllah semoga baik2 sahaja untuk Amina.. “
” Dah lama tunggu nak tahu nama budak comel ni, akhirnya mummy dia umum.. Tahniah, semoga menjadi anak yang baik ya.. “
Indah betul pilihan nama yang diberikan Izara buat anaknya. Berkulit putih gebu, rambut hitam pekat, memang tak puas menatap wajah si comel ini. Apa-apa pun kita mendoakan semoga anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG izaraaishahofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen