Artis / Selebriti
” Dah macam tengok Konsert Inteam. Part ‘kasih kusedari kekurangan ini’, sebijik arwah SS.. ” – Komen Netizen

Video persembahan duet Hadie bersama Kumpulan Inteam di pentas Grand Finale Talk To My Manager raih pujian ramai. Lunak sungguh suara Hadie, sama macam suara arwah Suhaimi Saad. Dah macam tengok Konsert Inteam..
Jarang sekali peserta program realiti mempertaruhkan lagu nasyid sebagai lagu final, namun itu lah yang dilakukan oleh Ina Naim dan anaknya, Hadie Elfardie. Sempena ulangtahun kelahiran arwah Suhaimi Saad pada 12 Oktober, semalam Hadie mendendangkan lagu ayahnya di pentas Grand Finale Talk To My Manager.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Embun Photobooth, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hadie bersama kumpulan Inteam. Lagu Impian Kasih yang merupakan lagu terakhir Suhaimi bersama Inteam dinyanyikan semula oleh Hadie dan sahabat-sahabat ayahnya ini.
Dengan dekorasi bunga-bungaan yang memenuhi pentas, paduan suara Hadie dan Inteam sangat mendamaikan dan tidak jemu didengar. Tone suara Hadie yang maskulin itu juga menambahkan lagu rencah dalam lagu tersebut. Arrangement baru yang dilakukan juga memberikan satu nafas baru untuk lagu ini.
Hadie tidak tenggelam dengan kehebatan suara anggota Inteam dan ianya seakan seiring apabila menyanyi bersama. Ramai yang mengatakan Hadie adalah pengganti Suhaimi dalam Inteam. Melihat persembahan ini seperti menonton konsert Inteam pula.
Jom tonton video di bawah :
@embun.photobooth Talk To My Manager Hadie ft. In-team – Impian Kasih Grand finale Wisma MBSA Astro Ria Pengarah Shahril Hadziman Penerbit Nurhazwani Abd Razak #ttmm #talktomymanagermy #hadie #impiankasih #inteam
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tenang dan relax dengar persembahan Hadie. Rezeki Hadie walaupun masa konsert Inteam Hadie tak dapat join, tapi dalam Grand Finale TTMM dapat jugak Hadie buat show dengan Inteam.. merdu betul duet dorang ni.. pengganti SS.. “
” Dah macam tengok Konsert Hadie dan Inteam. terbaik lah.. lembut dan merdunya suara Hadie.. Aura Hadie terlalu mahal utk di-adili.. satu-satu nye peserta yg bukan hanye sekadar melontar kan suara.. tetapi jiwa.. Hadie dah menang di hati kami semua.. “
” Suara Hadie tak dibuat-buat, teran teran pun tak, nampak enjoy, nampak smooth Hadie nyanyi.. langsung tak terkucil yang pentingnya.. Insha Allah Hadie paling laku nanti.. “
” Bagus 1 pmbhruan ble lagu nsyid dbwa dlm gfinal.. blom ad mna ptndingn realti lg.. mcm tgok konsert.. persembahan yg mndamaikan.. “
” Time part “kasih kusedari kekurangan ini” sebiji arwah SS… takpe hadie kamu juara di hati kami semua. sedap sangt suara kamu.. “
” Buat pertama kali pentas pertandingan popular mempertaruhkan lagu nasyid dalam persembahan.. Dlm banyak2 peserta TTMM .. tone hadie paling sedap di dengar.. “
” Hadie ni suara die lembut , suara tenang , sedap didgr. Hadie sgt layak gnti tmpt arwah suhaimi.. perginya ayah anak sbg pengganti.. Lunak merdu Hadie tu susah nak dijelaskan dengan kata-kata, suara yang ada jiwa.. “
Tiada kata yang dapat diberikan kepada Hadie kerana auranya sangat mempesonakan pendengar. Suara Hadie ada sesuatu dan tidak mustahil, bintang Hadie akan lebih bersinar selepas ini. Semoga Hadie terus berjaya dalam apa jua lapangan yang Hadie ceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ZAck Zulhilmi, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen