Artis / Selebriti
” Dalam dia rindu, sedih-sedih tu sempat bagi warning tu.. ” – Netizen

Video Janna Nick Ucap Selamat Tinggal Kepada Suami, Dini Schatzmann Sebelum Pergi Menunaikan Umrah Buat Ramai Sebak. Siap Bagi Amaran Lagi Dalam Pesanan. Cantik Sungguh Bertudung Dan Berjubah !!
Meninjau ke akaun Instagram Janna Nick, perkongsian sebuah video yang memaparkan Janna mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, Dini Schatzmann sebelum pergi menunaikan umrah telah mengundang rasa sebak ramai orang.
Video tersebut dirakamkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia merupakan perpisahan yang sukar buat Janna kerana akan berjauhan dengan suaminya. Janna juga sangat cantik dengan penampilannya yang memakai jubah dan bertudung.
Pasangan ini sempat berpel0kan dan bermanja sebelum Janna berlepas. Janna juga dilihat mengalirkan air mata ketika membuat lambaian kali terakhir kepada suaminya sebelum memasuki balai pelepasan. Hal ini membuat ramai netizen tersentuh.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 62 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 3 jam ia dimuatnaik. Janna sempat lagi memberi amaran kepada Dini di ruangan kapsyen posting tersebut. Wah, lain macam amaran tu yer, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Janna yang manis bertudung. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Serius cantik sgt2 awk bertudung jannah. alahaii asal aq pun sedih tgok dia nangis semoga dilindungi Allah aminn.. “
” Aku memg sejenis tk boleh tngok org ngalir air mata , kesat air mata ni, mula mula video ni aku senyum berakhir dengan ayaq mataaa, laki aku tanya pasaipa.. “
” Sukaaaa tgok janna pakai mcm ni.. Nmpk lembut n ayuuuu sgt.. Teringat dlu 1st time tgok janna belakon cita Nur kalau xsilap tajuk dia.. Dengan syiela rusli.. “
” Take care jannah. Semoga jannah tergerak hati untuk pakai tudung smpai bila². Cantik jannah pakai tudung, manis nampak ayu.. “
” Ya Allah kekalkn hati hambamu ini utk kekal mnutup auratnya.. Allah syg kamu Janna.. Janna plss pakai macam ni trus, cantik sangat sangat! Loveeee.. “
” Semoga dipermudahkan urusan janna. Selamat pergi dan selamat pulang dgn selamat. Alaaaaaaa omeyyy.. pesanan utk dini tu mmg dr hati ek.. jumpaaa nanti.. “
” Take care adikk sygg semoga dipermudahkan segala urusan janna dan mendapat umrah yg mabrur insha allah love you adik.. dalam rindu tu, sedih-sedih tu sempat bagi warning tu.. “
Nampaknya ramai yang mendoakan agar Janna kekal dengan penampilan sebegini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Janna Nick dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga selamat pergi dan balik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen