Artis / Selebriti
” Datin bercerita aku ok lagi, bila Dato’ masuk cerita tersembur gelak aku. Buah kedondong tu berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida bercerita kronologi rumah kebun mereka diceroboh oleh seorang wanita Kemboja buat warganet terhibur. Dato’ bercerita dengan ekspresi muka dan lakonan semula tu memang tak boleh tahan. Datin Shahida pun berdekah ketawa, haha..
Kecoh semalam apabila Dato’ Aliff Syukri menerjah rumah kebunnya yang diceroboh masuk oleh seorang wanita berbangsa Kemboja. Rumah singgah Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini sudah lama tidak mereka kunjungi dan ada jiran yang memaklumkan mereka ada orang yang menetap di rumah mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Iffahnurdini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Podcast ini khas untuk pasangan ini bercerita kepada semua lebih details mengenai kejadian yang tidak diduga itu.
Kata Datin Shahida, habis semua barang di dalam rumah itu dijual oleh wanita tersebut. Hanya barangan yang berat sahaja masih ada di dalam rumah. Tambah Datin Shahida lagi, wanita ini mengakui Dato’ Aliff itu adalah suaminya dan Dato’ Aliff sudah berjanji untuk mengahwininya ketika tinggal di Kemboja.
Suasana mula riuh dengan gelak ketawa apabila Dato’ Aliff bersuara. Gaya Dato’ Aliff bercerita diiringi mimik mukanya itu mencuit hati warganet. Dari awal sehingga ke akhir video, terhibur warganet melihat telatah Dato’ Aliff dan Datin Shahida itu. Part paling kelakar mengenai buah kedondong.
Jom tonton video di bawah :
@iffahnurdini_ podcast papa paling best malam ni . true story bukan content yeee kalini 😂😂 #datoaliffsyukri #papalaris
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 52 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Buah kedondong haha, terbahak aku ketawa. ok kali ni aku percaya dato tak tipu haha.. jantan betul papa dalam video ni.. “
” “Ayam tu cukup burukkk” Haha papaa.. Lawak wehhhh dengar dia ceritaaa.. dia ni memang jujur tau tak. ayat takde tapis-tapis dah.. “
” Datin bercerita aku ok lagi.. bila Dato masuk cerita… tersembur gelak aku.. Penat gelak dengar podcast… buah kedondong bagai.. “
” Dato’ datin… Sya rasa kesian dgn kejadian tu,tp maaf…. Sya terketawa haha.. terus terbahak gelak part Dato buka mulut bercerita.. buah kedondong tu yg win.. “
” Sampai part dato yg buka mulut bercerita.. dekah weiii haha.. part dia angkat kaki sumpah takboleh blah haha.. tak larat aku ketawa dengar cerita papa ni.. “
” Dato’ ni nak marah ke tak sebenarnya haha.. 1st time papa like abang abang macho.. tapi sumpah lawak dato’ cerita.. tak lama lg papa laris jual jeruk kedondong aku rasa.. “
” Haha kelakar la, gosip dengan suami is the best.. maaf la terbahak bahak aku gelak. tang bukak kaki tu, dengan buah kedondong lagi.. dato bercerita sakit perut aku gelak.. “
Apabila Datin Shahida bergabung bercerita dengan Dato’ Aliff, memang kelakar jadinya. Macam-macam perkataan kelakar yang Dato’ Aliff keluarkan dalam live semalam. Selepas ini, tentu ramai yang makan buah kedondong teringat pada cerita Dato’ Aliff ini, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Iffahnurdini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen