Artis / Selebriti
” Dayang pun, apa dia ni.. ” – Dayang Nurfaizah

Video penjelasan Dayang Nurfaizah apa sebenarnya yang terjadi di atas pentas sehinggakan Hael Husaini memegang dagunya. Oh itu sebenarnya yang berlaku. Tapi kenapa Dayang blushing sambil cerita tu, ehem ehem..
Semalam Stadium Tertutup Bandaraya Miri riuh dengan sorakan penonton apabila Hael Husaini memegang dagu Dayang Nurfaizah ketika mereka berdua sedang membuat persembahan. Pasangan ini berduet menyampaikan lagu popular mereka berjudul Haram untuk Konsert MeleT0P TVS.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wartawan bertanyakan kepada Dayang apa sebenarnya yang terjadi di atas pentas kerana Dayang kelihatan terkejut ketika Hael secara spontan memegang dagunya.
Kata Dayang, memang dia terkejut dengan tindakan Hael itu. Pada waktu itu, Dayang sendiri blur apa yang mahu Hael lakukan. Rupanya Hael cuba untuk mengelakkan Dayang daripada kelihatan comot di mata penonton. Apa yang Hael lakukan itu disifatkan Dayang sebagai sifat baik hati seorang kawan baik.
Wartawan sempat mengusik Dayang kerana ramai yang ‘ship’ hubungan Dayang dan Hael. Dayang hanya memberikan senyuman. Sememangnya peminat setuju jika Dayang dan Hael berhubungan lebih daripada kawan kerana mereka memang serasi apabila bersama.
Jom tonton video di bawah :
Sebagai seorang penyanyi yang profesional, Dayang dan Hael ada perancangan mereka tersendiri untuk membuatkan persembahan mereka itu dirasai sampai ke hati. Dayang juga memberitahu aksi romantis berpegangan tangan itu untuk menghidupkan suasana sahaja.
Sama ada ianya cuma sekadar lakonan ataupun realiti, peminat menyokong perhubungan Hael dan Dayang. Semoga Dayang dan Hael terus success dalam bidang nyanyian dan banyak lagi lagu duet bersama yang dapat mereka berdua rakamkan pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen