Artis / Selebriti
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman bercerita mengenai mak ayahnya buat ramai tersentuh. Tetap tersusun indah kata-kata Amira walaupun tengah menahan sebak. Bell Ngasri pun sayu dengar ayat Amira..
Program 10 Malam Terakhir antara siri yang menghiasi slot TV9. Banyak isu yang dibincangkan dalam rancangan ini dan ianya memberi kesedaran dan ilmu kepada semua penonton rancangan ini. Host dan para jemputan juga bukan biasa-biasa orangnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram TV9 Malaysia, telah dikongsikan luahan hati Amira Othman ketika sedang bersiaran. Bercerita mengenai ibu bapa, Amira tidak dapat menahan sebaknya. Bagi Amira, doa dan restu kedua ibu bapanya adalah terpaling utama dan menjadi benteng untuk dirinya tetap di jalan yang benar.
Bukan mudah menjadi anak seni dan banyak pancaroba yang harus ditempuhi. Amira bertuah kerana ibu bapanya sangat sporting dan memahami jalan rezeki yang Amira pilih. Amira memasang impian andai suatu hari nanti dia mempunyai anak, anaknya akan menyayanginya sebagaimana Amira menyayangi kedua ibu bapanya.
Setiap bait kata-kata yang Amira tuturkan mengagumkan semua. Susun kata yang sedap didengar, Amira membuktikan dia seorang anak yang baik dan boleh menjadi artis contoh untuk semua. Bell Ngasri yang berada di situ juga kelihatan sebak dan berubah ekspresi wajahnya ketika mendengar tutur kata Amira.
Jom kongsi video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amira yang 12 tahun dahulu, adalah Amira yang sama. Bila org berilmu berbicara. Sedap didengar tiada yg kurang & sgt memberi kesan.. Deep sgt sis.. sebak smpai dlm jiwa.. “
” Org2 yg mentaati kedua ibubapa ni memang sentiasa drahmati dan dberkati kehidupn mereka. Tepat sekali kata2 Amira tu.. Saya sebagai seorang ibu rasa tersentuh ni… tak sedar air mata jatuh.. “
” Bila dah Tengok video ni tiba2 rasa suka sgt dgn amira Othman.. suka cara dia berfikir dan bercakap.. rasa sebak.. cantik pun cantik.. SUKA SANGAT.. “
” Pesanan yg sgt2 ikhlas dr hati.. hari tu dia cerita pasal solat, kali ni taat pd ibu bapa.. 2 benda amira share ni, sgt2 menyentuh hati… semoga dia dipertemukan jodoh yg baik.. “
” Tenang bila dia cakap. Bell pun nampak mcm sebak.. Ya Allah bagus sungguh cara dia berbicara. Sejuk perut ibu mengandung.. “
” SubhanAllah untung ibubapa yg mempunyai anak spt amiraaothman , sopan beradab bijak .. innshaallah akan menjadi seorg isteri & ibu yg baik tenang sejuk dipandang di sebalik wajah yg ceria punya hati nurani yg cukup lembut.. “
” MasyaAllah TabarakaAllah, part saya berharap saya bukan anak yang menyusahkan ibu bapa saya.. kak long anak yg sgt baik.. “
Kata-kata yang menusuk ke kalbu semua orang daripada seorang anak yang cukup ikhlas dari hati. Amira cerminan kedua ibu bapanya. Setiap kebaikan pasti akan dibalas Allah dengan kebaikan juga. Semoga Amira terus menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV9Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen