Artis / Selebriti
” Detik permulaan dia, saya DM dia dekat Instagram.. ” – Harris Alif

Video Harris Alif Dedah Permulaan Kisah Cintanya Bersama Intan Ladyana Raih Perhatian Warganet. Wah Sweet Sangat Percintaan Harris Dan Intan Ni. Pandai Harris Tackle Hati Intan, Ayat Tu Power !!
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Harris.Intanladya, telah dimuatnaik sedutan video yang memaparkan pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana menjadi tetamu dalam podcast Cherita Asmara. Banyak yang dibualkan dalam podcast ini dan salah satunya mengenai bagaimana kisah percintaan Harris dan Intan.
Kata Harris, langkahnya menghantar DM kepada Intan mendapat respon. Ketika itu, Intan sedang menjalani shooting di Australia dan Harris menitipkan pesanan supaya menjaga diri. Bermula dari situ, mereka semakin rapat dan perhubungan dari kawan menjadi pasangan kekasih.
Selepas 3 bulan benar-benar mengenali, Harris memuatnaik gambar mereka berdua buat kali pertama di media sosial. Tambah Harris lagi, ramai yang tidak dapat menghidu perhubungan mereka kerana semua sedang berhadapan dengan situasi C0vid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pastinya semua masih ingat pelbagai respon yang diberikan oleh semua ketika mengetahui Harris bercinta dengan Intan. Perbezaan usia mereka agak jauh iaitu 17 tahun, namun Harris seorang yang matang dalam percakapan dan pemikirannya. Lihatlah bagaimana Harris mendidik Intan sehingga berubah seperti sekarang.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@harris.intanladya From Reply Story To Husband & Wife❤️🫶🏻 #intanladyana #harrisalif #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage
♬ original sound – harris.intanladyana._ – harris.intanladyana._
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus intan, dua biarkan suami yang bercerita.. diam angguk je. hormat betul.. intan Ni nmpk hormat sangat2 dgn suami diaaa walaupun Haris muda.. “
” Lelaki macam ni alhamdulillah, matang pemikirannya.. ramai yang sebaya Haris masih lagi perangai macam budak-budak.. “
” Macam sebaya jer dorang ni tak nampak langsung jarak 17 tahun… Harris sangat-sangat matang walaupun muda.. “
” Harris ni seorang yang matang.. salah satu sebab intan suka pada dia.. Intan lak cantik tak makan usia.. “
” Muka intan dengan harris seiras betul. Anak dorang pun comel-comel semua.. Haris ni memang nampak dan gaya matang.. “
” Harris ni betul good person.. idola kecil paling aku minat dulu.. Haris tu nampak matang sangat bila dia bercakap.. “
” Behave je anak, pandai dorang dua didik anak.. harris matang woo.. untung Intan ada suami macam ni.. love couple.. “
Siapa sangka dari DM Instagram akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak ke mana. Perbezaan usia bukanlah halangan untuk pasangan ini hidup bahagia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Semoga rumahtangga Intan dan Harris dalam rahmat Allah selalu.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Harris.Intanladya, Youtube Channel Lanai Asmara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen