Artis / Selebriti
” Dia kipas cikgu dia gitu jer.. ” – Netizen

Muatnaik Video Sambutan Hari Lahir Anak Bongsu, Namun Side Note Datuk Lee Chong Wei Mengenai Anaknya, Kingston Buat Ramai Terhibur. Wah, Pandai Betul Kingston Bodek Cikgu !!
Meninjau ke akaun Instagram Datuk Lee Chong Wei, perkongsian sebuah video sambutan hari lahir anak bongsunya iaitu Anson telah meraih perhatian ramai. Bukan sahaja kerana video yang dikongsikan, namun disebabkan side note Datuk Lee Chong Wei yang ditulis di ruangan kapsyen.
Datuk Lee Chong Wei bercerita mengenai anak sulungnya iaitu Kingston. Kingston tidak begitu menguasai Bahasa Melayu sepenuhnya dan masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Datuk Lee Chong Wei berkongsi anaknya biasa dapat gred B, kadangkala mendapat gred C, dan sekali sekala dapat gred A untuk subjek itu.
Namun baru-baru ini Dato’ Lee Chong Wei sangat terkejut anaknya datang dan menjerit kegembiraan kerana markah karangan Bahasa Melayu mencecah 90. Apabila membaca karangan tersebut terdapat banyak kesalahan ejaan dan agak pelik kerana mendapat markah tinggi.
Rupa-rupanya di akhir perenggan, anaknya telah menulis sesuatu kepada cikgunya. Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 413K tontonan, 15K tanda suka dan 100 komen di Instagram, netizen turut terhibur dengan kapsyen Datuk Lee.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini juga dihujani dengan ucapan hari lahir buat Anson. Antara komen -komen yang diberikan oleh netizen :
” Side note that never fails to laugh.. Kingston, papa pon ada ajar you Bahasa, sampai power . Doa untuk papa juga .. HAHAHAH i like your side notes dato.. “
” Kingston dengan punchline nya .. cikgunya takut pendek umur kalau bagi sikit.. happy birthday baby anson.. hahahah side notes dia kipas cikgu la.. “
” Cikgu mesti takut nak letak 40 tu.. Happy birthday Anson. Side note never fails to make me laugh .. Sgt pintar Kingston .. “
” Ahahaha kingston lucu ya Dato.. dia lipat cikgu dia gitu jer. Da setahun da. Rasa mcm bru berape lps bersalin. Sekejap je. Happy birthday boy anson.. “
” Ahahaha… weh Kingston pandai bodek maaa.. Happy birthday Anson, I hope you become a filial child and always happy, healthy & spirit.. “
” Happy birthday Anson.. Suka sangat bila Dato cerita tentang Kingston. Happy birthday sweet Anson Make sure everyone pamper you ok. Sebab you terpalinggg cute.. “
” Happy Birthday Anson semoga Dato’ dan Datin sekeluarga sentiasa berbahagia dan cemerlang. Cikgu pun ok la bagi la.. nah amik 90.. “
Aduh, kelakar juga ye anak sulung Dato’ Lee. Dalam masa yang sama pandai Kingston membuat ayat untuk membodek cikgunya. Selamat hari lahir juga diucapkan kepada Anson. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datuk Lee Chong Wei
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen