Artis / Selebriti
” Dia lah lelaki pertama yang sarung cincin di jari manis saya.. ” – DS Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Dedah Lelaki Pertama Yang Sarung Cincin Di Jari Manisnya. Wah Bertuahnya, Kalah Datuk K Tau, Hehe. Ramai Yang Tanya Mana Lelaki Tu Sekarang !!
Sebut sahaja nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza, sudah pastinya ramai yang mengenali figura hebat ini. DS Siti adalah penyanyi tersohor negara. Sudah puluhan tahun DS Siti bertapak dalam industri seni suara dan DS Siti juga mempunyai ramai peminat bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara.
Boleh dikatakan semua lagu DS Siti sejak dahulu sehinggalah sekarang masih lagi menjadi siulan ramai. Suara lunak merdu DS Siti ketika menyanyi mampu membuat ramai yang terpesona. Terbaru, meninjau di akaun Instagram tv3malaysia telah dikongsikan satu video temubual bersama DS Siti.
Menerusi video itu, DS Siti mendedahkan lelaki pertama yang menyarung cincin di jari manisnya. DS Siti mengimbau kembali kenangan ketika dirinya membuat persembahan menyanyikan lagu ‘Purnama Merindu’ . Kata DS Siti, ketika menyanyi pada lirik ‘ hiaskanlah cinta dijari manisku ‘ , seorang budak lelaki diarahkan untuk menyarungkan cincin di jari manisnya.
Seloroh DS Siti, hanya budak lelaki sahaja dibenarkan menyarungkan cincin kerana dia masih kanak-kanak. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan para peminat DS Siti. Sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan para peminat DS Siti dan meluahkan rasa teruja mereka mendengar perkongsian DS Siti tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mana adik tu skrg.. Kalau dh kawen, wife dia pn pasti teruja kan.. Pls munculkan diri.. Tak sabar lah nak tahu siapa gerangannya.. “
” Wahh untungnya.. Mana eik budak tuh sekarang tolong reveal dik.. Awak dah kalahkan DK.. Kenangan terindah sangat ni.. “
” Nyanyi macam tu pun sedap sangat lah Dato’ Siti.. Alahaaiii siapa yer budak lelaki tu.. Agak2 dah kawen belum dia sekarang, hehee.. “
” Ehh2, sweetnya.. Hehehe kalau lah budak tu tengok video ni, mesti dia pun senyum2 sorang2 kan.. Kau sarung cincin dekat penyanyi no satu .. “
” Bertuah lah adik tu, ingat senang ke nak boleh pegang tangan sarung cincin dekat Dato’ Siti.. Dato’ Siti mengimbau kenangan betul lah.. “
” Rasanya semua tgk kat komen cari klu yg sarung cincin tu hadir.. Hahaha mesti dah besar dah budak ni.. Harap hidup lagi lah dia.. “
” Wehhhhh siapaaa kah diaaaa… Aku pula tak sabar nak tahu.. Ala Tokti tak kan tak kenal, tak tanya nama budak lelaki tu.. Ada video full tak nk tgk.. “
Wahh siapakah gerangan budak lelaki tersebut, bertuah betul lah dia dapat menyarung cincin di jari manis DS Siti ketika itu. Sudah pastinya ianya menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan serta terindah buatnya. Harap-harap lelaki itu akan muncul lah nanti, sebab ramai yang tak sabar nak tahu siapakah dia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen