Artis / Selebriti
” Dia masuk Sepahtu Reunion pulak dah. Sempoi je Leona berlakon.. ” – Komen Netizen

Video Kasih Iris Leona Muncul Sebagai Cameo Di Sepahtu Reunion Live Buat Warganet Terhibur. Wah Semua Job Leona Sapu. Pandai Rupanya Leona Berlakon, Santai Je. Amboi Rahim Teruja Tengok Leona Sampai Bergegar Keyboard. Jep Pula Dan Dan Ketipak Ketipung Bawang, Haha !!
Setiap pelajar pusat pengajian tinggi ada caranya tersendiri untuk mengisi masa sepanjang cuti semester. Ada yang mencari kerja sambilan dan tidak kurang juga yang menggunakan sehabisnya waktu untuk berehat selepas penat memerah otak sepanjang pengajian.
Begitu juga yang dilalui oleh anak kepada Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona. Pulang ke Malaysia untuk cuti semester, Leona mengisinya dengan pelbagai tawaran pekerjaan. Jika sebelum ini Leona muncul dalam iklan Pak Mat Western, kali ini Leona menjayakan pula program Sepahtu Reunion Live.
Meninjau beberapa akaun Tiktok, telah dimuatnaik suasana ketika Leona muncul sebagai cameo untuk episod terbaru Sepahtu Reunion. Ketika Leona melangkah masuk ke pentas, semua penonton di dewan bersorak dan memberikan tepukan. Siapa sangka Leona akan menjadi camoe untuk episod ini.
Santai dan bersahaja, Leona mempunyai keberanian untuk bercakap di hadapan ramai penonton. Lakonan Leona juga menggeletek hati warganet. Ramai juga yang memuji sikap Leona yang begitu selamba dan mencuit hati. Tak kurang juga yang memujinya comel.
Jom tonton video di bawah :
@leonathe2nd Hai saya Anna
@astrogempak Wahh @Leona 🦋 make an appearance in Sepahtu! Saksikan Sepahtu Reunion Live 2024, mulai 3 Mei setiap Jumaat, jam 9.00 malam hanya di Astro Warna. @jepsepahtu @rahimr2 @illya_senario @ebbyyusoriginal #SepahtuReunionLive2024 #SepahtuReunionLive
@imanyo.py adoi jep #jepsepahtu #leona #sepahtureunion #sepahtu
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Macam-macam eh dia buat balik cuti sem. dia masuk sepahtu pulak dah.. dlm diam bakat seni bapa dia jatuh pada dia.. ”
” The real cuti sem buat partime . semua dia sapu.. habis job org lain kau sapu leona tp AQ suka.. dia random kadang2 blur kadg2 bijak.. ”
” Laku betul balik cuti sem kat malaysia. tp aku suka leona. dia ikhlas n xfake. pelat2 dia pun lawak.. ”
” Hardworking n smart lah leona ni walaupun keturunan org have2. proactive dan x mengharapkan keluarga sja. well done girl.. ”
” Lawak tul leona ni hahahaha i like bakat dia. leona dh pandai berlakon partime. kalah bapa dia ni hahah.. ”
” Singgah merata Leona ni, bagus rajin cari rezeki.. bukan main cepat lagi tekan keyboard yg di counter tu yeee haha.. ”
” Sempoi leona berlakon dalam sepahtu reunion tadi.. santai dan spontan. boleh pegi jauh ni.. ”
Sesuai juga Leona apabila bergabung dengan Sepahtu ini, lawak spontan yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan gelak ketawa. Leona mewarisi bakat lakonan bapanya, Azhar Sulaiman. Mmungkin suatu hari nanti, Leona boleh lebih aktif dalam dunia seni tanahair. Apa-apa pun, semoga terus maju jaya buat Leona.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lee Yoooooo Na, Tiktok Gempak, Tiktok Imanpyo.py
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen