Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia tak happy terus dapat hadiah, kena bebel pula ek. Macam ayah marah anak ponteng sekolah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Janna Nick memberikan kejutan hari lahir untuk Dini Schatzmann buat ramai terhibur. Comel je dengar Dini membebel bila tahu Janna keluar beli hadiah sendiri. Siap tuduh Janna ponteng kelas lagi, haha..

Sekali pun Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann kini berada jauh beribu batu di perantauan, namun warganet masih boleh mengikuti perkembangan Janna menerusi media sosialnya. Janna yang berada di kota London menyambung pengajiannya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Janna Nick, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna memberikan kejutan hadiah hari lahir untuk Dini. Kata Janna, dia memilih untuk membelikan Dini sebuah handphone baru kerana sudah 3 tahun Dini tidak menukar handphone.

Setiap hari pergi dan pulang dari kolej, Dini akan menjemput Janna. Kali ini, Janna mencuri keluar sendiri selepas habis kelasnya untuk membeli hadiah Dini. Mereka keluar untuk makan malam di sebuah restoran dan Janna memberikan hadiah itu kepada Dini.

Reaksi pertama Dini selepas mendapat hadiah membuatkan warganet terhibur. Jika orang lain tentu seronok dan gembira tetapi Dini berbeza. Dini membebel kepada Janna kerana keluar sendiri dan sepatutnya Janna perlu membawanya bersama. Sayang dan risau sungguh Dini terhadap Janna.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun merekodkan lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Jangan sesiape kacau pasangan ni eh. Biar jer mereka bahagia dan terus bahagia aaaminnnn.. Ya Allah kurniakan pasangan ni anak ya Allah. Love both of you.. “

” Comelnya bila Danny ckp u pergi & balik school pun I hantarkan & pick up… mmg care sgt.. “Kamu sorang je yg kena sabar , saya xpaya sabar & takkan sabar” hahah.. memang slay sangat janna ni.. “

” Aku klu tgok artis lain mengedik dgn somi dia aku meluat tp diorg ni tah la aku suka sgt. semua bideo depa aku tgok.yg ni aku boleh nagis wei. bahagianya diorg.. “

” Macam bapa tengah marah ank tkut ponteng sch. Comel lah dini.. Dini really love you dear, semoga hubungan kamu berdua sentiasa sweet mcm ni sampai tua.. “

” Dia tak happy terus dapat hadiah .. kena bebel pulak ekkk .. marah dia lagi dini…melampau dia ni haha… smoga bahagia selalu korang.. “

” U have to take me even u want to suprise me.. haha aku dah terbahak dengan ayat dini ni.. sweet sangat dini, betul betul jaga dan sayang janna.. “

” Ya Allah , i feel u janna, walaupun blum Allah rezkikan ank tp dpt suami yg sabar dan treat kita mcm princess ni cukup mngubat perasaan penantian zuriat. Itu rezki juga kan? May Allah kurniakan zuriat buat kita in the right time one day.. “

Tumpang bahagia peminat melihat kegembiraan Janna apabila bersama Dini. Semoga tidak ada yang mengganggu gugat kebahagiaan Janna dan Dini dan cinta mereka akan utuh sampai ke tua walau dalam apa jua keadaan. Happy belated birthday Dini. Semoga dikurniakan segala kebahagiaan dan dimakbulkan semua impian dan doa Dini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Janna Nick 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: Teknologi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized