Connect with us

Artis / Selebriti

” Dialek Sarawak tu buat lagu Hati Kama lebih unik, memang kreatif.. ” – Komen Netizen

Video Umai berduet bersama penyampai Radio Era Sarawak menyanyikan lagu bertajuk Hati Kama dengan dialek Negeri Sarawak raih perhatian ramai. Wah unik dan kreatif. Merdu sungguh suara Umai menyanyi lagu ni..

Umai yang merupakan anak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, kini mula mencuri perhatian ramai dalam industri hiburan tanah air. Mewarisi bakat seni daripada keluarga, Umai tampil dengan suara merdu serta pesona tersendiri yang membuatkan namanya semakin dikenali di kalangan peminat muzik tempatan.

Baru-baru ini, Umai, atau nama sebenarnya, Ummi Umairah binti Saiful Anuar telah dijemput sebagai tetamu di stesen Radio Era Sarawak. Menerusi sesi temu bual tersebut, pelbagai topik menarik dibualkan oleh Umai bersama penyampai radio.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai ialah satu video yang memaparkan Umai berduet secara spontan bersama penyampai radio itu menyanyikan lagu Hati Kama, nyanyian asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Lebih menarik, mereka membawakan lagu tersebut dengan sentuhan dialek Negegi Sarawak serta sekali gus menjadikan persembahan itu begitu unik dan istimewa.

Perkongsian video tersebut nyata menarik perhatian warganet. Ada yang meninggalkan komen memuji kemerduan suara Umai dan pasangan duetnya. Bukan itu sahaja, penampilan Umai yang kini tampil berhijab turut mendapat pujian ramai.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ada yang memberikan komen memuji dan emoji suka selepas mendengar nyanyian Umai tersebut. Antara komen tersebut adalah :

” Woww Umai, best lah dengar.. Gabungan dengan penyampai radio tu pun mantap.. Nampak serasi, ehhee… “

” Kagum tengok Umai berani duet spontan. Bakat memang ada, suara pun merdu. Dialek Sarawak tu buat lagu Hati Kama lebih unik.. Memang kreatif.. “

” Makin manis Umai sejak2 dah bertudung ni.. Ayu je wajahnya.. Terus sukses yer Umai.. Sedap suara Umai.. “

Ada yang mengatakan Umai semakin manis dan matang dengan penampilannya barunya, menyerlahkan lagi pesonanya sebagai bintang baharu yang sedang meningkat naik. Sedap sungguh Umai menyanyi lagu ini dengan dialek Sarawak, pastinya ramai yang tidak puas mendengarnya.

Umai membuktikan dirinya sebagai bintang muda yang berbakat. Dengan suara merdu dan penampilan menawan, Umai semakin disayangi peminat muzik tempatan. Semoga Umai terus maju jaya dalam bidang nyanyian, seterusnya mengekalkan legasi cemerlang ibu saudaranya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG erasarawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
Pendidikan⚽ Olahraga: Olahraga🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan💻 Teknologi: Teknologi💰 Ekonomi: Ekonomi📰 Berita🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized