Artis / Selebriti
” Disamakan rambut Aqish dengan signboard KK Mart. Terbahak dengar, haha.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Puteri Balqis dan ibunya membuat product review sekali lagi buat ramai terhibur. Adoi makin menjadi-jadi perangai lawak ibu Aqish ni, spontan betul ayat dia. Masuk air sungguh, Aqish pun tak boleh tahan gelak dengar, haha..
Jarang untuk warganet suka menonton posting yang berunsurkan review product, namun lain jadinya apabila Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz membuat review satu jenama penjagaan rambut. Sebelum ini, sudah ada 2 video review yang dikongsikan dan ianya mendapat respon yang positif daripada semua.
Menerusi perkongsian terbaru Puteri Balqis di akaun Instagramnya, telah dikongsikan video ketiga untuk review barangan tersebut. Ibu Puteri Balqis memberitahu pada awal video yang isteri kepada founder mahu kan Puteri Balqis membuat review dalam bahasa Inggeris.
Dialog ibu Puteri Balqis sangat spontan dan banyak loghat nogori yang dapat didengar menerusi video kali ini. Walaupun muka kelihatan serius tetapi ayat ibu Puteri Balqis itu menggeletek hati warganet. Puteri Balqis sendiri kelihatan menahan ketawa mendengar ayat-ayat ibunya.
Kebiasaannya orang lain membuat review pasti memuji semua produk yang ditunjukkan bagus tetapi tidak untuk mak Puteri Balqis. Hanya barang yang dipakai dan dirasakan bagus diberi rating yang tinggi. Untuk barang yang baru dipakainya sekali dua, mak Puteri Balqis jujur memberitahu terlalu awal untuk diberitahu bagus atau tidak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini menghiburkan warganet kerana ayat ibu Puteri Balqis yang mencuit hati. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Omak dio promoted lagi pocahhhh, jatuh bumbung atap, haha.. mumyyyy… more more.. ” – Zalif Sidek
” Mak mak tetap jadi mak mak.. tak kira masa ek.. kita dengar sampai habis haha.. lawak la dua beranak ni.. “
” Dia buat Hal lagi. Mummy please mummy.. disamakan rambut aqish dengan signboard KK Mart.. haha terbahak aku ketawa dengar.. “
” Lurve the jujurness makkk “baru dua tiga kali pakai tkleh koba” betul lah tu nok.. ni ada yg tk try pakai lagi pon lahh terus kata bagus haha.. menyalahhhh ketua.. “
” Mak dengan anak sama masuk air ni. suka tgok beranak ni…. omak dgn ank dh mcm adik beradik… lawak 2 beranak ni.. “
” Bila mak aqish review produk aunty mmg auto tgk sampai hbs… btol la tu review candyta.. kalau x pakai collagen tu mmg rambut keras.. lps pakai mmg lembut.. “
” Dua beranak ni tak pernah serius walau muka serius haha. Penat la nak gelak.. mak aqish punya jujur tu, susah nak cari wooo.. “
Video review ibu Puteri Balqis memang lain daripada yang lain. Boleh terbahak ketawa semua yang menonton video perkongsian Puteri Balqis ini. Pada yang tidak suka menonton iklan pun boleh tersangkut menonton video ini sehingga ke akhir. Terbaik lah Puteri Balqis dan ibu, ‘bini founder’ pun confirm suka, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen