Artis / Selebriti
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen

Gambar terbaru anak lelaki Vie Shantie Khan, Zareef Yusof raih pujian ramai. Alahai sebijik macam muka Datuk Sri Eizlan Yusof ketika muda. Copy paste daddy sangat ni..
Bagi yang mengikuti perkembangan Vie Shantie Khan, pastinya sedia maklum mengenai perkahwinannya bersama Datuk Sri Eizlan Yusof sekitar tahun 2007. Namun jodoh mereka tidak panjang dan mereka akhirnya berpisah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Menerusi perkongsian terbaru Vie Shantie Khan di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru satu-satunya anak lelakinya, Zareef. Menginjak usia remaja, ketampanan wajah Zareef semakin menyerlah dan wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Eizlan ketika muda.
Sama seperti Eizlan, Zareef juga mempunyai tahi lalat di atas bibir. Berkulit putih cerah dan memiliki senyuman yang serupa, wajah Zareef dikatakan ‘copy paste‘ wajah daddynya. Ramai yang memuji ketampanan wajah Zareef. Memetik komen warganet, anak Eizlan lebih handsome berbanding Eizlan.
Tulis Vie di ruangan kapsyennya, Zareef adalah lelaki tunggal yang dikirim tuhan untuk menjaga mereka sekeluarga. Sikap Zareef yang terlampau bersahaja seringkali membuatkan Vie ‘sakit jantung’. Semuanya boleh sahaja untuk anak teruna ini.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dulu Eizlan yusuf dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome. Sorry eizlan yusuf.. anak teruna ni memang extra manisnya.. “
” Dulu masa müda ayah dia Hensem giler, sekarang anak dia pulak ambik alih takhta kehenseman tu.. “
” Handsome boy, anak soleh.. Perfect nya anak dia ni.. handsome teruk.. muka daddy sangat ni.. “
” Sebijik muka ayah dia, handsome naw.. kalah ayahnya.. Kejap je dah besar zharif.. copy paste daddy tapi extra handsome sikit hehe.. “
” Nampak iras2 daddy dia masa muda dulu. Mmg hero daddy dia la.. Yang penting taik lalat di tempat yg sama.. taik lalat pemanis tu.. awass haa kamu urangg.. “
” Prince charming, handsome nya sebijik macam Eizlan masa muda. Dengan tahi lalat atas bibir pun sama.. Alhamdulillah… rezeki Allah bagi anak perempuan cantik… anak lelaki hensem.. “
” Handsome macam daddy muda muda dulu.. SubhanAllah.. Blessed with goodlooking kids. Baik2 lagi. Alhamdulillah.. “
Tidak dinafikan, anak teruna Eizlan ini ada aura dan tarikannya yang tersendiri. Ayahnya tampan, anaknya mewarisi ketampanan ayahnya. Semoga Zareef menjadi anak yang soleh, insan yang cemerlang dunia dan akhirat serta tinggi budi pekertinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Vieshantiekhan, IG Eizlan Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen