Artis / Selebriti
” Ehh dia boleh bantai menyanyi pulak. Daddy bertalu suruh turun Matin, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin Ketika Mahu Membeli Basikal Idamannya Buat Ramai Terhibur. Amboi Matin, Bukan Main Happy Lagi Dia Dapat Basikal Baru, Sempat Lagi Menyanyi Lagu Viral, Haha !!
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak Shuib pasti mengetahui yang Shuib suka berkongsi video dan gambar anak-anaknya. Meskipun Shuib sudah mendirikan rumahtangga buat kali kedua, kelihatan semua anak-anak Shuib begitu bahagia bersama ibu tiri mereka iaitu Watie.
Terbaru, Shuib telah memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak ketiganya, Ariq Matin. Menerusi video itu, Matin pergi ke sebuah kedai menjual basikal untuk membeli basikal yang diidam-idamkannya. Kelihatan Matin membawa satu sampul berisi duit raya.
Ketika tiba di kedai tersebut, Shuib bertanya kepada pekerja kedai tersebut, adakah menjual basikal ‘lajak’ yang diinginkan oleh Matin. Selepas itu, pekerja tersebut membawa Matin dan menunjukkan beberapa buah basikal lajak kepada Matin.
Kata Shuib, basikal yang mahu dibeli oleh Matin itu dibeli menggunakan duit raya yang dikumpul olehnya. Telatah Matin menerusi video itu turut mengundang tawa warganet gara-gara ketika Matin duduk diatas basikal, Matin sempat menyanyi lagu viral ‘ Bea Sabor Bea’ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ehh dia boleh bantai menyanyi pulak. Daddy bertalu suruh turun Matin, haha.. Matin ni nanti besar rasanya jadi pelawak jg, haha.. “
” Dulu lajak buat sendiri. Skang lajak ade jual. Takde la mahal sgt.. Padu Matinnn.. Basikal lajakk tu .. Hihihi.. “
” Habis lah matin cari geng basikal lajak.. Bawa duit sendiri.. Yg penting martin pun terpengaruh dgn lagu Edda Ezrin tu paling tak tahan, haha.. “
” Anak sy duit raya beli controller baru.. selagi tak beli die berzikir hahaha.. Keras perut saya ketawa.. Alahai lawak betul.. “
” Wahh bagus Matin.. Pakai duit raya sendiri beli basikal sendiri… Tak susahkan daddy.. Terbaik lah, seronok tengok Matin happy.. “
” Mudahnya dia. Segitu ja pilih terus jadi.. Bagus betul Matin ni.. Rasa kejap betul dia dah besar.. Semoga menjadi anak yang baik.. “
” Bukan bishe bishe.. Naik basikal lajak terlajak hensem la Matin, hehe.. Dia klu dh minat dh suka sampai tak sampai blkng cite janji dpt haha.. “
Comel sungguh gelagat Matin, bukan main seronok lagi dapat basikal idamannya. Apa-apa pun, bagus cara Shuib mendidik anaknya, mereka perlu berusaha dahulu menyimpan duit sendiri untuk membeli apa yang mereka inginkan dan dengan cara ini juga, anak-anak akan menghargai setiap barang yang dibeli oleh mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen