Artis / Selebriti
” Ernie punya first note tu perghh. Aina masuk jer menyanyi terkesima aku.. ” – Netizen

Persembahan Ernie Zakri Dan Aina Abdul Di Pentas Akhir Bintang RTM 2024 Buat Penonton Terpukau. Wah Padu Betul Ernie Dan Aina Bergabung Menyanyikan Lagu Kau Kekasihku !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video persembahan Ernie Zakri dan Aina Abdul di pentas akhir Bintang RTM 2024 telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Kau Kekasihku.
Ernie dan Aina selaku artis jemputan pada malam tersebut tetap memberikan satu persembahan yang memukau ramai. Gandingan suara kedua-dua mereka sangat mantap dan versi lagu Kau Kekasihku ini memberikan impak yang berbeza.
Pentas akhir Bintang RTM yang berlangsung semalam telah menobatkan Roxy Ixzy yang merupakan peserta dari Sarawak sebagai juara. Roxy telah mengalahkan lima peserta yang lain dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM78 000 serta sebuah kereta Proton Iriz.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Gabungkan bersama kedua-dua penyanyi hebat dan bersuara tinggi ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat Ernie dan Aina.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Ini juara! Siapa bakal juara Bintang RTM 2024 pilihan anda? 6 peserta bersaing secara langsung malam ini bagi merebut takhta Bintang RTM 2024. #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #bintangrtm #bintangrtm2024 #inibarulahbintang #brtm2024 #ainaabdul #erniezakri @Aina Abdul @erniezakriez
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang menyukai duet ini dan ada juga yang tetap menyukai nyanyian daripada penyanyi asalnya. Antara komen-komen yang diberikan :
” 2 2 best.. ada identiti trsndiri, brsaing secara sihat & brkarya dgn cara masing2 tu plg pnting.. Ernie masuk pergh first note melekat! Aina as usual. Love both of them.. “
” This song merupakan lagu fav Aina dr tokti, really loved their duet, sedap gilaa.. Masuk first note Ernie tu sedap btoii.. “
” Dua² padu tapi… lebih suka nyanyian bak air yang mengalir tenang bak nyanyian ct.. jiwa siti lg smpai.. dorang ni technical.. “
” Ernie punya first note tu perghh… sedap g1laa …aina pon sedap weiii.. Powerful voice… tp cantik baju erni mlm ni…. aina suara mcm melayang2 sdp gile, erni pon xkurang hebat.. “
” Betapa sukar lahir semula penyanyi ct yang betul2 cukup sempurna penyanyi suara wajah pakaian semua seiring penjiwaan lagu utk d sampaikan.. “
” Music arrangement best, duo Aina, Erni mmg top notched.. touching, sebak lebih2 masa diorang pegang tgn tu… please support them.. “
” Aina masuk jer nyanyi terkesima aku sbb tadi klo perasan aina sibuk dgn msalah promter dkat dpn dia tuh. mantapp paduu..lagu ini kedengaran segar di nyanyi kn oleh ernie dan Aina.. “
Sama ada Ernie atau pun Aina, kedua-dua penyanyi hebat ini tidak pernah mengecewakan peminat mereka apabila membuat persembahan. Semoga kedua-duanya terus berjaya dalam karier seni tanahair kita dan tidak jemu menghiburkan peminat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen