Artis / Selebriti
” Fattah Amin dikelilingi insan-insan yang baik dan sentiasa ke arah keagamaan.. ” – Komen Netizen

Muatnaik video dan gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, perkongsian Fattah Amin raih perhatian ramai. Wah seronoknya majlis ilmu berkonsepkan camping ni, jarang-jarang orang buat macam ni. Bagus Fattah bawa ibu sekali..
Meninjau ke akaun Instagram Fattah Amin, perkongsian terbaru Fattah telah meraih perhatian ramai. Fattah memuatnaik beberapa video dan juga gambar ketika Fattah menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh Erma Fatima.
Apa yang menarik ialah majlis ilmu ini berkonsepkan camping. Sambil mencari ilmu dalam masa sama sambil beriadah. Majlis amal ini diadakan di PD Mayangsari Campsite, Negeri Sembilan bersama jemputan istimewa iaitu Habib Ali Zainal Abidin Al Kaff.
Fattah hadir bersama ibunya dan turut ada beberapa selebriti lain. Majlis amal berkonsep sebegini nampak lebih seronok dan santai. Selain itu, ramai yang memuji Fattah yang tetap meluangkan masa dengan mengikuti majlis ilmu seperti ini.
Perkongsian Fattah ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada wraganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di ruangan kapsyen, Fattah juga turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemputnya ke majlis ilmu sebegini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memanjatkan rasa syukur melihat perkongsian Fattah ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah..moga FA dikelilingi org yg baik2 dan positif sertai sentiasa dalam Rahmat Allah.. majlis ilmu yang sangat baik.. Fattah Amin dikelilingi insan2 yg baik Dan sentiasa ke arah keagamaan.. “
” Alhamdulillah…Bestnya tgok vibe santai-santai humble mcm ni… semoga dipermudahkan segalanya.. selalulah hadirkan diri ke majlis2 ilmu seperti ini.Saya ingatkan diri saya jugak.. “
” Allah sahaja yg tahu rahsia seseorang. Orang baik Allah sayang.. Alhamdulillah, teruskan dengan majlis ilmu macam ni. Moga Allah permudahkn segala urusan dan diberi keluasan rezeki….aminnn.. “
” InsyaAllah next time kalau ada kesempatan utk join program mcm ni lagi boleh bawak Fatima.. terbayang pulak si kecik tu pakai jubah dengan tudung ikat belakang .. “
” Alhamdulillah mjls agama yg baik.. Teruskan fattah.. Smoga fattahaminz di bwah lindungan Allah sentiasa ..Aamiin.. “
” Alhamdulillah masya’Allah Tabarakallah..moga Allah sentiasa membimbingmu dik.. Tekan like byk kali dah tp apakan daya love dapat tekan sekali je.. “
” MasyaAllah. Laquwata illahbillah. Allah Maha Baik. fattahaminz ermafatima dan semua nya semuga dlm keadaan baik2 dan dlm redha Allah Taala. Aamiin. Sollallahu’ala Muhammad.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Fattah Amin dipermudahkan dalam apa jua urusan. Setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersembunyi. Fattah kini nampak semakin berjaya dan bangkit daripada ujian yang dilaluinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen