Artis / Selebriti
” Finally ada yang cover dalam melodi balada. Tangkap jiwa bila balada ni.. ” – Komen Netizen

Video Sissy Iman cover lagu Amira Othman dan Irfan Haris, Rasa dan Takdir curi perhatian ramai. Wah bestnya dengar versi Sissy ni. Lain daripada yang lain..
Single terbaru Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa dan Takdir kini menjadi siulan ramai. Lagu ciptaan sepupu Amira ini menarik perhatian ramai, apatah lagi ianya seakan berkaitan dengan kisah percintaan Amira dan Fattah. Selepas Ernie Zakri dan Betty Rahmad cover lagu ini, kini Sissy Iman pula memuatnaik video menyanyikan lagu itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sissy Iman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Sissy diiringi petikan pianonya. Kata Sissy, lagu ini lekat dalam kepalanya kerana dia mendengarnya beribu kali ketika menjadi host di majlis pernikahan Amira dan Fattah baru-baru ini.
Sissy juga bercerita moment sedih yang dirasakan ketika melihat keluarga pengantin menangis di atas pelamin kerana kegembiraan. Semuanya seakan babak dalam drama yang menyentuh hati. Pada waktu itu, terlintas dalam fikiran Sissy untuk cover lagu ini dalam versi yang berbeza.
Mendengar nyanyian Sissy membuatkan hati warganet merasa terbuai-buai. Seperti duduk di tepi pantai sambil melayan galau, alunan suara Sissy itu sedap didengar. Rasa dan Takdir dalam versi balada sangat berbeza penghayatan dan penjiwaannya.
Jom tonton video di bawah :
@sissyimann cerita dia masa kita jadi host untuk setulus takdir fattah amira, kita kan kena cover the whole day kat venue so lagu ni memang beribu kali dengar la. lepas toh masa majlis, mata kita berkaca jugak la lepas akad nikah. sebak tengok bila family pengantin mengalirkan air mata kegembiraan. the whole scene felt like a movie. so kita macam terlintas different take on this song. balik, kita borak la dengan @Aziem_Rashidi pastu kita ajak dia cover lagu ni. so here you go, “rasa & takdir” reimagined by both of us. enjoy🎹🎻
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara sissy iman mcm arwah penyanyi Sabah tu spe tah nme dia lupe.. harap sgt amira nyanyi lagu ni sambil main piano masa majlis resepsi nanti.. lahhhh.. aku pon meminta.. “
” Versi Iman dgr kat kdai coffee sambil minum2 ada feel jugak.. Sedapnya, nabila, ernie dan sissy.. lps ni sapa pulak.. “
” Ngams sangat, best cover version.. lagu nie 1st time dengar dh terus suka.. sy jarang skit nk dgr lagu terus tersuka.. tp nie sedappppp utk sy.. “
” Sissy punye vibe mcm kite kt luar tepi pantai sambil hirup kopi dengan angin sepoi2 malam2 tepi pantai tu sambil kenang zaman2 bercinta dulu2.. “
” Lagu ni dia cm kita sgt bserah pd ilahi dlm apa jua urusan kita.. versi Sissy pun Sedap sangattttt…. love sangat suara sissy, unik.. “
” Wow, your melty voice blend well in this type of music arrangement. kudos sissy.. sissy punya vibe utk feeling2 sorg dgr earphone ngam sangatttt.. “
” Sedappppp sgttt sissy,,versi remaja ni,, kakak lurveee.. sgt kena sgt music arrangement dia. finally ada yg cover dalam melodi balada. tangkap jiwa bila balada ni.. “
Versi Sissy memang sedap didengar dan membuai rasa. Susunan muzik tu sesuai dengan suara unik Sissy. Seolah-olah muzik latar lagu Fattah dan Amira yang sedang menikmati honeymoon mereka. Mungkin Sissy boleh cover lagu ini sepenuhnya selepas ini kerana ramai yang ingin mendengar versi penuh.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sissy Iman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen