Artis / Selebriti
” First time tengok adik lelaki Ryzal. Handsome betul pakcik Rina, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Adik lelaki Ryzal Ibrahim sedang mendukung Rina raih perhatian ramai. Alahai manjanya Rina dengan pakcik dia. Ramai yang puji adik Ryzal ni handsome. Siap offer nak jadi makcik Rina lagi, hehe..
Bagi yang mengikuti pempengaruh terkenal, Maryam You Narae pasti mengetahui yang Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim dan anak mereka, Rina telah pulang ke Korea Selatan dan sedang menikmati percutian di kampung Maryam di sana.
Meninjau di akaun TikTok duriankimchi_juni8, telah dikongsikan video Maryam bersama Rina beberapa hari lalu. Menerusi video itu, kelihatan Rina sedang didukung oleh seorang lelaki. Tulis Maryam di video mengatakan ‘Rina manja dengan pakcik’.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang pada awalnya menyangka Ryzal memakai filter. Namun Ryzal juga turut kelihatan ada bersama dalam video itu. Rupa-rupanya lelaki yang sedang mendukung Rina itu adalah adik Ryzal.
Ramai yang memuji adik Ryzal ini memiliki wajah yang tampan dan mengatakan kulitnya lebih putih berbanding Ryzal. Perkongsian video yang memaparkan adik Ryzal tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@duriankimchi_juni8 #nikyourina #maryam #ryzalibrhm #duriankimchi #duriankimchijunior #fyp
Di ruangan komen pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji ketampanan adik lelaki Ryzal. Antara komen-komen menarik adalah :
” First time tengok adik lelaki Ryzal. Handsome betul pakcik Rina, hehe.. Tadi awal2 ingatkan Ryzal pakai filter, rupanya orang lain.. “
” Weh bapak, handsomenya adik Ryzal.. Huhuhu sorry Ryzal, adik awak memang handsome daripada awak.. Rina pun nampak manja sangat dengan pakcik dia.. “
” La aku ingat Rizal pakai filter atau buat muka kat Korea .. Pastu ingat dia mkn produk utk tinggi.. Sekali adik dia daaa.. “
” Hampir nk komen “weii laki dia makin glow up “ tetiba muncul yg sebenar oh adik beradik, hahahahaha.. Handsome adik Ryzal ni.. “
” Baru nak cakap, Ada filter je auto hensem Rizal.. Sekali muncul Rizal sebenar plak.. Padahal Maryam dah tulis Rina manja dengan pakcik, haha.. “
” Rina, awak nak makcik tak, hehe.. Saya boleh jadi makcik Rina.. Single lagi ni, hehee.. Aduhh terpegun tengok ketampanan adik Ryzal.. “
” Salam bang Rizal dan kak Maryam.. Saya boleh jaga rina, hahahahaa dan saya boleh jadi makcik rina.. Kalau sudi, hahahahaha.. “
Kalau tengok sekali pandang ingatkan Ryzal, rupa-rupanya adiknya. Sementara itu, ada warganet menyakat dengan meninggalkan komen mengatakan mahu menjadi ‘makcik’ Rina dan sanggup menjaga Rina. Amboi boleh tahan kelakar juga komen-komen warganet ni yer, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok duriankimchi_juni8, IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen