Artis / Selebriti
” First time tengok family Yassin, semua anak dah besar-besar rupanya. Segak dan lawa pula tu.. ” – Netizen

Gambar Raya Yassin Senario Bersama Isteri Dan Anak-Anaknya Curi Perhatian Ramai. Cantiknya Isteri Yassin, Anak Bujang Yang Sebelah Kiri Dan Kanan Tu Handsome. Anak Perempuan Pun Comel !!
Sebut sahaja nama Yassin Senario pasti ramai mengenalinya. Yassin atau nama penuhnya Yassin Yahya merupakan salah seorang anggota kumpulan Senario. Yassin kembali menjadi sebutan selepas Yassin menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ke lapan bersama Saiful Apek.
Yassin sememangnya pelawak yang sangat berbakat, hanya dengan mimik muka saja sudah boleh membuatkan orang ketawa tak kering gusi. Sehingga ke hari ini, Yassin masih mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangan kerjayanya.
Terbaru, sempena menyambut lebaran Aidilftiri, Yassin ada memuatnaik gambar bersama keluarganya. Menerusi gambar tersebut, Yassin bersama isteri serta anak-anak tampil mengenakan busana raya warna sedondon iaitu warna hitam.
Gambar tersebut telah menarik perhatian warganet. Masih ramai yang tak menyangka yang Yassin sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai beberapa orang cahaya mata. Sehingga kini, gambar raya Yassin bersama keluarganya menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lahhh.. I gtkn anknya baru srg tu je rupanyer dh da ank bujang lah.. Hehe.. Abah maintain nampal mida, anak2 dah besar.. “
” Uish raya pertama dah garing muka tu bang anye haha.. Ada yg tak kena ke tu.. Hehehe Selamat Hari Raya bang anye sekeluarga.. “
” Nice bukan serius yeop… Ini macam kena paksa tak pueh hati apa2 je ni.. Selamat hari raya buat Yassin sekeluarga.. “
” Isteri cantik, anak2 lelaki handsome & anak perempuan cantik.. Lawanya wife Yassin… Macam Janna Nick pula tengok.. “
” Kiri kanan handsome2 belaka.. Tak lama lagi dapat lah pula menantu abg Yassin.. Selamat hari raya abg Yassin sekeluarga.. “
” Hensem n cantik anak abg Yassin. Isteri pn cantik.. Selamat Hari Raya abg Yassin sekeluarga.. Suka tengok gambar keluarga abg Yassin.. ‘
” First time tengok family Yassin, semua anak dah besar-besar rupanya. Segak dan lawa pula tu.. Semoga terus bahagia bersama.. “
Alahai anak perempuan Yassin memang comel sangat. Ramai jug yang memuji wajah isteri Yassin kelihatan cantik. Untuk sekadar info, Yassin telah mendirikan rumah tangga Farah Waheeda Maharidan dan sebelum ini Yassin jarang berkongsi kehidupan peribadinya kepada umum.
Silakan SHARE..
Sumber : IG yassinsenario1978, Tiktok yasssinsenario
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen