Artis / Selebriti
” First time tengok orang suka ada kutu. Lawak la Seth ni, seronok dengar dia sembang.. ” – Komen Netizen “

Video gelagat mencuit hati anak Shila Amzah, Seth Uwais yang telah dijangkiti kutu buat warganet terhibur. Adui Seth, bangga betul ada kutu, kalau orang lain dah risau. Mulut Uwais tak berhenti pot pet pot pet. Seronok dengar Seth berceloteh, makin banyak cakap sekarang..
Seth Uwais yang merupakan anak sulung kepada penyanyi tersohor, Shila Amzah antara anak selebriti yang disukai oleh ramai. Seth umumnya dimaklumkan oleh Shila menghidap mild autisme, namun kelincahan dan kepetahannya bercakap membuatkan Seth kelihatan seperti kanak-kanak normal di mata warganet.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Ubai menunjukkan Seth yang dijangkiti kutu di sekolah. Ubai dan Shila mengambil langkah untuk menangani masalah ini supaya tidak menjangkiti seluruh ahli keluarga di dalam rumah mereka.
Seth yang selalu ceria kelihatan gembira ketika Shila dan Ubai menunjukkan kutu yang berjaya diambil dari atas kepalanya itu. Celoteh dan reaksi Seth itu menggeletek hati warganet. Semakin hari, semakin petah dan banyak cakap Seth, semuanya adalah kerana ada papa Ubai yang rajin melayan Seth.
Tidak selesai di situ, Ubai turut membawa Seth ke kedai gunting untuk memotong rambut Seth. Gembira warganet mendengar perbualan antara Seth dan Ubai. Petah dan bertambah bijak Seth, papa pun pandai mengambil hati dan melayani kerenah Seth.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ubaihani Satu rumah kena pest control kepala #fypシ #tiktokmalaysia
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
@ubaihani Aftermath Kutuuu #fypシ #tiktokmalaysia
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari sudut lain. Saya happy seth dah banyak cakap.. Seronok dengar dia sembang.. dulu diam je, tak macam sekarang.. “
” Jangan gelak ni bukan achievement bro, haha.. First time tengok orang suka ada kutu.. lawak la Seth ni.. “
” Seronok tengok anak Shila sekarang.. dah petah bercakap…Ubai berjaya jadi papa yg baik.. bagus ubai ni.. dia rajin bercakap dgn seth.. seth skrg byk mulut dah.. “
” Dulu aku pelik kenapa senang sgt shila terima ubai ni.. sekarang dah tau kenapa.. ubai sangatlahh positif.. suka tengok Seth sekarang, banyak cakap.. “
” Saya ada kutu man, dia boleh bangga pulak.. Antara moment yg Seth akan ingat sampai bebila. Papa buat pest control kutu utk Seth.. “
” Selain jep sepahtu, yang sporting dgn anak2 tiri, sy suka tgk ubai jgk.. Terbaekk ubai.. suka dengar seth cakap.. macam dengan kawan-kawan je ubai layan.. “
” Suka tengok Seth sekarang, normal, sikit pun tak nampak autisme, dah banyak bercakap.. papa dia rajin melayan, ajak sembang. banyak perubahan Seth.. “
Kelakar dan menyeronokkan mendengar celoteh Seth sekarang. Bahasa Melayu Seth pun semakin baik, usaha Ubai dan Shila membuahkan hasil. Semoga Seth terus menjadi anak yang soleh, anak yang baik budi bahasanya dan menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen