Artis / Selebriti
” Fuh Inca Medina, fall in love terus. Lawa anak dar4 Malique ni.. ” – Netizen

Kemunculan Anak Perempuan Penyanyi Rap Malique, Inca Medina Dalam Music Video Raih Perhatian Ramai. Wah Ini Lah Inca Medina Dalam Lirik Lagu Tu. Dah Besar Inca, Cantik Dan Manis Orangnya. Muka C0py Paste Malique Sangat, Lagi-Lagi Part Lesung Pipit Tu !!
Nama penyanyi rap lagenda, Malique masih lagi dikenali ramai. Pernah dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan Too Phat, Malique lebih banyak bergerak di belakang tabir setelah kumpulan itu berpecah sekitar tahun 2007 yang lalu.
Baru-baru ini Malique kembali dengan buah tangan baru berjudul Sedih Hati yang mana ia menggabungkan suara arwah Mona Fendy dalam lagu tersebut. Peminat sememangnya berharap untuk melihat Malique dalam music video lagu tersebut, namun hampa kerana Malique tidak muncul.
Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan sedutan video dari MV tersebut yang memaparkan aksi seorang gadis bermain violin. Pada awalnya gadis ini memakai topeng dan hanya di penghujung video topengnya dibuka dan mempamerkan wajah berserta nama iaitu Inca Medina.
Inca menjadi tumpuan ramai kerana ia kali pertama Malique menunjukkan wajah anaknya ini. Untuk makluman, Malique menikahi pelakon Melissa Maureen dan Inca Medina adalah salah seorang anak hasil perkahwinan mereka itu. Alahai manis sungguh wajah Inca ini, saling tak tumpah seperti wajah Malique.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wah Inca Medina, dah besar dia.. Sebijik muka Malique.. Tengok dia senyum memang muka Malique.. ”
” Dah besar dah anak dia.. Inca Medina, orang secantik nama cantik luar cantik dalam cantik macam mana.. ”
” Wah dah besar anak mellisa maureen.. Fuhh Inca Medina, fall in love terus mat.. dia ni laa Inca medina yg dalam lirik tu eh.. ”
” Masha Allah cantik.. muka malique sebijik bila senyum tuu.. lawa anak dar4 Malique ni.. cantik macam mama.. ”
” Lesung pipit Maliquee.. Cantik.. ayah kacak, mak lawa memang manis la anak dar4 dia.. The general jarang x padu bos. Rapper bukan sebarang rapper.. ”
” Serius lah dah besar dah anak dia.. ni lah anak dia yang dalam lagu senyum tu ea kan.. lawa manis bila senyum.. Ada gaya Melissa Maureen.. ”
” So pretty ank nya..she being debut in musician and follow father footsteps.. keep going Inca.. cantik ikut muka mak dia.. ”
Pejam celik, pejam celik, sudah meningkat remaja anak perempuan Malique ini. Ada bakat muzik sama seperti ayahnya. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Apa-apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya buat Malique dan Inca Medina.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG Mstar, IG Too Phat, Tiktok Sirmenung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen