Artis / Selebriti
” Fuhh, dia punya membebel senafas boleh sampai 50 perkataan.. ” – Komen Netizen

Video Adira Suhaimi membebel kepada anak-anaknya tidak mengemaskan katil buat ramai terhibur. Sekali mummy membebel, dah macam butir peluru bunyinya. Kita yang tengok ni pulak yang penat. Nasihat Adira yang last tu paling win, haha..
Apabila bergelar seorang ibu, semestinya anda pernah membebel terhadap anak. Terutamanya apabila meminta si anak membuat sesuatu. Meninjau ke akaun Instagram Adira Suhaimi, Adira telah berkongsi sebuah video apabila Adira mula membebel terhadap anak-anaknya.
Adira mula membebel apabila melihat bilik tidur anak-anaknya tidak berkemas. Bantal dan selimut dibiarkan begitu sahaja apabila mula bangun dari tidur. Adira meminta anak-anaknya mengemas katil masing-masing sambil dibantu olehnya.
Dalam masa yang sama mulut Adira tidak berhenti membebel. Adira menyatakan seusia 5 tahun sepatutnya sudah pandai merebus telur, apatah lagi mengemas bilik. Tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan, masing-masing perlu pandai membuat kerja-kerja rumah.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video, sempat lagi Adira memberikan nasihat paling win. Rasanya semua ibu-ibu mempunyai pengalaman yang sama seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Fuhh..dia punya membebel senafas blh sampai 50 perkataan.. 5 tu patutnya dah pandai masak telo dah mak macam ni yg kite nak .. “
” Ya ampun sama ayat dia. Mami 5 tahun dh masak telur dah. Anak2 kagum gila taw .. Ami panggil ke? Kakak polis hadir amii.. “
” Sebijik mcm arwah nenek i ajar mcm ni lama lama i pandai.. Sbnr nye btl ke 5 thn dh pndai msk telor korg yg gne ayt ni? “
” Adoiii bebel ami sama dgn kita.. umur 5tahun dah pandai masak telor.. kita punya ayat masa ummi kecik semua ummi buat masak kemas xda main2 ni..begitu la jiwa mak2.. “
” Betul sis..membebel setiap hari dah mcm ‘wajib’ utk mak2 mcm kita..ribut petir semua keluar dah . lelaki pun mesti pandai. tida bole harap perempuan. hahahaha.. “
” Mak2 bebel dh jd bff taw 5 thn masak telur & dpt laki kaya xpe win sgt ami weyy .. Last tu dpt laki kaya tak pe??mcm mammy ni kan.. “
” Ayat aku pun mcm tu… mama dulu darjah satu dah menyapu sawang tau. Dah kena goreng cuco bagai mmg ayat ayat mak mak kannnnn.. “
Sememangnya begitulah kehidupan apabila bergelar seorang ibu. Membebel seorang ibu berpisah tiada. Semakin ramai anak semakin banyak bebelannya kerana setiap anak mempunyai sikap dan perangai yang berbeza. Apa-apa pun, itulah kesabaran seorang ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen