Artis / Selebriti
” Gandingan terbaik, sedap betul suara anak beranak ni.. ” – Komen Netizen

Video Amad berduet bersama ibunya, Siti Saerah menyanyikan lagu Purnama Merindu raih perhatian ramai. Wah, sedaplah versi dua beranak ni. Amad punya lenggok tu yang mahal..
Meninjau ke akaun Instagram Era. je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Amad berduet bersama ibunya, Siti Saerah telah meraih perhatian ramai orang. Pasangan anak beranak ini menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Purnama Merindu.
Gabungan vokal Amad dengan kelembutan suara Siti Saerah benar-benar memberi nafas berbeza pada lagu ini. Setiap bait lirik disampaikan dengan penuh penghayatan dan persembahan ini berjaya menambah hati ramai orang dan juga peminat mereka.
Tidak hairanlah ramai yang memuji gandingan ini sebagai salah satu persembahan terbaik. Malah, ada yang berpendapat versi ibu dan anak ini membawa nilai sentimental yang jarang-jarang kita lihat. Jelaslah bahawa bakat keluarga ini memang tidak dapat disangkal lagi.
Sekadar info, Amad kini menyertai program realiti terbitan Astro, Talk To My Manager yang mana Siti Saerah bertindak sebagai manager buat Amad. Setiap minggu Amad berjaya memberikan persembahan yang mengujakan penonton dan juri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji gandingan suara mereka berdua yang mantap. Antara komen-komen yang diberikan :
” Gandingan terbaik. Semoga Amad dan Manager Siti Saerah akan berjaya di program Talk To My Manager .. Amad ada aura mcm ctdk.. “
” Manager & artis yg terbaik dlm TTMM Keep maintain success & do the best smpai Final nnti. Aamiin.. Hebat, good luck.. “
” Cara tersendiri tp smaa sedap mcm tokti…apa niiii amadddd sedap sgt.. Dtg nya dari keluarga yg semua bersuara sedap².. “
” Sedap amad amaddayyan .. Lenggok tersendiri, buat acik terbawa2 ke zaman 90-an dulu. Acik lurveeeeeeee so much Amad.. “
” Ya Allah..sedap betul suara anak beranak ni sitinursairahtarudin moga terus berjaya untuk anak nya n always humble macam tokti.. “
” Confrm shuibsepahtu thalita_shuib nyanyi duet semakin benci semakin cinta .. Masya-Allah Tabarakallah. tip top suara.. “
” Sorry tau terpaksa ckp… suara amad sedap… tpi amad terlalu nyanyi dgn nafas yang sama.. menyebabkan kan penyampaian itu sama je.. “
Lagu Purnama Merindu versi ibu dan anak oleh Amad dan Siti Saerah sememangnya meninggalkan impak yang cukup manis. Inilah bukti yang muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga medium mengikat kasih keluarga. Memang lain macam sedapnya..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen